Sunday, April 26, 2009

belajar sampai mampos...

Gambar Hiasan: Lawatan sambil belajar Toseicat Dolls ke Batu Caves


aku rasa sekarang ni bilal surau ar-rayyan depan ni mesti tengah setting2 mic sambil buat sound check nak azan subuh kejap lagi...

aku pulak belum tidur2 lagi, bukan tak nak, tapi baru lepas tutup buku study manufacturing... esok paper final last aku untuk sem ni... dua paper final je pon sem ni, tapi busy mengalahkan calon PRU yang mula tak senang duduk sebab pihak lawan dah start edar "wang saguhati"... course work sem ni memang bertimbun, 7 subjek berlawan2 bagi assignment dan report... terasa amat gagah aku sebab berjaya hantar semua... markah belakang kira, janji usaha tip-top...

kalau ikutkan kiraan umur aku yang dah mencecah 26 tahun ni, sepatutnya sekarang ni aku sama ada tengah tidur peluk bini, tak pun tengah bancuh susu anak... ikutkan hati, memang bosan belajar lagi dah tua bangka ni, tapi nak buat macam mana, salah aku jugak belajar tak habis dulu... sekarang ambik kau ubat, ambik mc sekali pon boleh...

menyesal memang menyesal, tapi pada aku kalau perjalanan hidup kita ini terlalu lancar, takde sangkut mana2, mesti cam ada yang tak kena... mesti rasa diri cam bagus sangat, sama cam apa yang aku rasa sebelum aku kena buang Universiti Tendang Menendang dulu... bila dah berdebuk jatuh, baru nak meraung sakit...

tapi, apa2 pon aku pegang kata2 the harder you fall, the higher you'll bounce... gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan... apa yang penting, kerjasama kata wonderpets... kalau tak dapat status 'diberhentikan' dulu tu, alamat mati hidup balik la aku tak merasa dapat foflet... everything happens for a reason... andai kata dah memang ditakdirkan aku grad umur 27 untuk sekeping kertas berautografkan dekan, aku redha... apa ingat orang tua tak boleh jadi jurutera berkaliber?

9 comments:

Anonymous said...

belajar sampai mampos? sokay. atleast ko tak kosong.

Nukilan ida said...

sabar..sabar.. sampai saatnya akan datang lah bini akan datanglah keje.. cumer perlu yakin seyakin2nya
terjumpa dari blog ni
http://cintaku-ira.blogspot.com/2008/09/allah-akan-sentiasa-menguji.html

ORANG yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.
Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

Jiyuu said...

Wah, bkan sng nak jumpa orang yg leh think positive cam ni. Tahniah!

N seterusnya, terima kasih. Kepada orang pemalas cam aku ni, cerita anda boleh dijadikan ikhtibar....

Speaking of cerita, klo yg byk pahit getir dan cobaan tu la yg paling menarik kan? sape nk baca/tgk cerita yg happy je dari awl smpai habis. Life is more interesting if theres both ups n downs. Kan3....

heretic preacher said...

j maiden: yup itu la hidup aku yg penoh warna warni...

dr ida: pergh kena cramah pnjg la plak ^_~ thanks...

jiyuu: sama2... mmg btol, cite klau smooth je awal smp abes, bpk la bosannye... klau ade glitches sane sini, bru best... kau knal rmai "abg2" yg pnh kecundang, geng mutiara je dh bape rmai utm dropouts, so amik la ikhtibar ~_~

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Bro,
ada orang dapat cepat, ada orang dapat lambat. Ini semua Allah punya kuasa. Ada masa dapat lambat tapi banyak, ada masa dapat cepat tapi sikit but you can't get everything you want in life.

heretic preacher said...

ok bro... akan ku igt pesanmu itu smp bila2... thx...

Khalsyaza said...

eerrr.... tak terkata plak. esok jerlah aku komen.

Nukilan ida said...

Jiyu..people ada ups and downs... so i pun tak selalunya ups je.. ada gak down.. but always at the back of your mind stay positive.. the power of positive mind mmg itu yg ingin diterapkan to our mind by Islam.. tapi its not an easy task and when your fellow mate tgh in-the-verge tu kene di tolong.. susah nak dapat motivation nowadays.. so u must train your mind..
pernah gak terpikir.. during my time belajar lama when people my age dah keluar and get everything..mesti terasa gak.. tapi always say to yourself, there always a better reason for everything that happen...although sometimes perasaaan memberontak but never2 waste your life a.k.a being a drug abuser, being a sex manic and etc...
ive seen teenagers yang belum sampai 20 dah macam tak ada daya dalam hidup cakap ajer la apa2 kat dia.. mmg takder respon.... ive seen people belum 30 years old awaiting for time to 'go' (pass away) because HIV/AIDS till i pray to Allah please please take his life and dont make him suffer anymore..
So, always takecare yourself and love youself and no problem that cannot be solve in life... (except HIV/AIDS and ah long kot?)

heretic- cut and paste jerk.. eh, sori membebel! membebel tapi tak didengari..terrer tak?? hehe

heretic preacher said...

hehehe membebel tak didengari tapi dibaca ~_* lagi bermakna kot yg dibaca dari yg didengar sebab yg didengar kurang meberi impak maksima...