Showing posts with label mystory. Show all posts
Showing posts with label mystory. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

choki's 2nd batch...

tersenyum girang selepas selesai melahirkan...

ibu yg sedang menyusukan sedang disusukan...

batalion kedua askar choki diraja...



Monday, May 25, 2009

teringin nak bela kucing comel? jawapannya di sini!

choki mengandung lagi... nak tak nak, aku terpaksa let go anak2 dia sket... kepada sesiapa yang berminat boleh la contact aku kat chatbox atau comments...

bagi free tak dapat la memandangkan aku pon tak berincome lagi, dan kucing2 zaman sekarang ni faham2 la, bukan cam kucing zaman mak bapak kita bela dulu... tapi tak la mahal cam beli kat kedai kan, sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan choki dan anak2 baru nanti...

kepada beginners, boleh la try... syok wo bela kucing... nak2 plak bela sampai beranak cam aku bela choki dulu, seronot nyia ^_^ sekarang dah tinggal 3 ekor, so kalau nak maklumat lanjut sila tinggalkan pesanan selepas nada beep k? cepat sementara stok masih ada!


aksi meniarap ala mengendap jiran

ni gambar time nak buat ic dulu

posing ala artis2 tepi swimming pool dalam majalah mangga tayang buah mangga


owh silap... kucing yg ni tak jual... sekadar gambar hiasan ~_~

Friday, May 22, 2009

produktiviti asas kualiti...

sebelum ni aku tak pernah tau plak yang kucing pon ada morning sickness, tapi selepas baca dalam web dan jadi kat choki masa first pregnancy dulu, baru aku percaya... selera makan pon bertambah2 sebab berbadan enam...

minggu lepas choki muntah2... alamatnya dalam 2 bulan lagi anak2 kucing aku dapat adik baru la... mesti batch baru ni pon gelap2 gak sebab suspek utama kucing bapa adalah si hitam homeless yang selalu datang bertandang usha2 choki... mentang2 la choki diva tervogue area ni, memilih betol... nak barang baek je... lambat laun nak kena neuter jugak choki ni...

dah nak dapat adik pon menyusu lagi, pe cite?

gambar lama ni, muka masih suci... sekarang ni dah macam harimau aku tengok...

ni mom's carbon copy, muka sebijik cam choki...

kalau choki tak buat muka mata pedih potong bawang tu mesti boleh nampak persamaan wajah dorg...

aksi panas oleh choki, kanak2 sila tengok tempat lain...

dia ni dah duk umah akak aku, rasa kaya la tu tidur camtu...

proses buat muka kesian mintak makan lagi padahal baru pas mencekik, jangan terpedaya...

Saturday, May 16, 2009

sekolahku sorgaku...


image taken from here

semalam, aku telah dipaksa oleh Ashkut untuk bermain futsal bersama2 dengan member2 sekolah lama aku dulu... sejak habis sekolah 9 tahun yang lepas, ni la 1st time aku join mende2 ala reunion camni... bukan sombong, tapi aku segan ngan budak2 sekolah aku... dorang semua dah berkerjaya, aku masih "sekolah"... yang ada semalam, Hardcore - doktor di HUKM, Trasher - QA di Osram, Tak Sang - tokey kedai spek, Ayim - PTD, Aboy - akauntan, Maru - juruaudit... gila gempak semua... nasib baik la ada Ashkut ngan Ayam yang still kat UiTM cam aku... so tak la segan sangat...

memang cam bodoh main futsal 4 sebelah tanpa keeper sebab tak cukup orang... tapi aku still enjoy... video ada tapi tak boleh upload sebab banyak sangat caci maki yang tak sesuai untuk pembaca bawah umur... mulut longkang semuanya, mencarut aje kerja... teringat balik zaman sekolah yang memang bahagia walaupun senantiasa dihambat warden... lepas penat main futsal, penat gelak plak... semua masing2 bukak cerita lama... pasal Ayam ngan Gabus kantoi rokok tapi tak petik nama2 lain dan siap boleh tawar menawar lagi ngan warden berapa hari nak gantung, pasal Trasher curi buah, dan paling best pasal TakSang makan tanah kena belasah ngan senior... malam tu memang sejarah, tercetus revolusi...

kisahnya, sekolah aku cam bodoh, amat mementingkan senioriti... semua benda form 4 tak boleh buat... baju kena masuk dalam, gi kelas tak boleh lalu shortcut, cam bodoh... asal wat hal, malam2 kena a tarik ngan form 5... tengok nasib la, kadang kena sekolahkan, kadang kena "motor", nasib tak baik kena belasah... time yang TakSang makan tanah tu, form 5 ramai2 tarik dia gi padang belasah ramai2... tak tahan punya pasal, kitorang yang form 4 ni pakat serang balik, masing2 bawak apa yang tercapai dek tangan... besi, kayu, hanger semua ada... ambik kau form 5 lari bersepah, kena kejar ngan "adik2 junior"... puas hati gila... merasa cepuk senior... kaw2 kena mana yang sempat dalam gelap pukul 3 pagi tu...

kesokan harinya, sepuluh orang form 4 kena panggil gi mahkamah warden, termasuk la aku... cam bodoh, nak bela kawan kena pukul, alih2 kitorng yang kena masuk mahkamah, konon perancang la... nasib baik tak kena gantung ke pe... tapi lepas tu memang form 5 tak kacau kitorg dah, tak nak tuck-in ke, nak lalu shortcut ke, nak fly ke, tu kitorg punya pasal... tau pon kecut...

dalam banyak2 era, era zaman sekolah la paling best kecuali erra fazira... kalau boleh rewind, aku nak kembali ke zaman tu... tak payah fikir pasal duit, belajar pon lebih kurang, enjoy je setiap masa, tanpa ada rasa tanggungjawab... harap2 anak aku nanti tak hadapi zaman sekolah cam aku, biar dia jadi budak baik yang bertemankan buku dan library sahaja...

Thursday, May 14, 2009

siri seram2 kuku: penunggu...


semenjak aku habis sekolah, macam2 kerja aku pernah buat... walaupun part time dan tempoh masa paling lama pon 6 bulan, tapi cukup banyak memberi kesan pada aku... antara pekerjaan yang bertuah sebab dapat aku untuk melaksanakannya:
  • sales assistant - 2 supermarket yang berbeza, satu dah bangkrap anak taukey songlap $
  • general worker kilang - skop kerja meliputi sesimple housekeeping hingga secomplicated pasang mesin sebesar rumah, kenangan manis pernah terpaksa kerja dari 8pagi - 2pagi nonstop
  • pump attendant - hijau merah baru lama, tahap bangla
  • language counselor - position cam gempak kan? padahal hanyalah salesman penjual alat bantuan belajar bahasa ala linguafon
  • paper checker - untuk Kumon bukan kuman, kerja senang gila tanda kerja rumah budak sekolah rendah
  • brader burger - pencapaian terbaik aku adalah setting 27 daging special serentak, ada bran?
  • banquet staff - jadi kuli hotel bagi makan cina kahwin dan annual dinner kilang
  • steward - bukan dalam kapal terbang tapi panggung wayang, yang koyak tiket korang beli mahal2 dan bawak torch light ke hulu ke hilir dalam gsc seberang jaya dulu tu aku la
  • waiter - Secret Recipe Taman Universiti Skudai, Fisherman's Grill Sg Ara Penang, Renela Cafe Sek9 Shah Alam dan terkini The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam pok3
hari ini, genap seminggu aku kerja sebagai penunggu aka waiter di The Chicken Rice Shop plaza shah alam... part time je, rm4 sejam... dari duduk saja cuti2 sem ni, baik aku kerja... dapat duit tu memang lah motivasi utama, tapi selain daripada tu, pada aku banyak kebaikan buat kerja part time time2 cuti belajar ni...

pertama sekali, pengalaman la... duduk dalam tempurung kelas tu memang lah dapat ilmu, tapi setakat tu je la... ilmu untuk hidup takkan dapat nya... pengalaman paling best, aku pernah survive 2 minggu makan roti burger expired sahaja tiap2 hari... cam mat saleh makan roti je tak makan nasi, sengkek punya pasal... time kerja jugak dapat bergaul dengan macam2 jenis orang, macam2 tahap pemikiran... otak ada sikit bukak la...

aku paling suka kerja waiter, sebab kerja ni boleh melatih kesabaran... apa kau ingat senang nak tahan maki kalau salah hantar order? itu belum kira tumpahkan air atas customer lagi... tapi itu semua dugaan2 zaman dolu2, time awal2 aku berkecimpung dalam seni menatang juadah ni... sekarang alhamdulillah takde silap ambik order atau tumpah2 dah... dan aku juga semakin sabar, dah kurang baran dari dulu... dolu2 tau nak meletup je, tak padan kecik...

aku juga menyalahgunakan kerja part time untuk berlatih bercakap, build up soft skills and confidence level... dulu aku agak malu nak bercakap dengan orang tak kenal, especially dalam english... sekarang alhamdulillah boleh la sket2... setakat nak kencing mat saleh sesat tu boleh la... dan aku juga boleh praktis mandarin aku, maklumlah dan 14 tahun aku tinggalkan SRJK (C) Chung Ching kesayangan aku tu... paling best time jadi waiter dan ada customer cina yang tak tau aku faham apa dia cakap... macam2 rahsia boleh dengar... manyak syiok...

banyak lagi sebenarnya kebaikan buat part time ni, tapi aku tulis panjang2 pon bukan ada orang nak baca sangat... apa2 pon nasihat aku kepada yang masih belajar, cari la kerja part time time2 cuti ni walaupun bapak kau kaya raya, tahap ada Hummer tapi pakai untuk angkat buah sawit atau mempergunakan wang kertas untuk balut tembakau bikin lenteng... sesungguhnya pengalaman hidup itu tidak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai, iman adalah mutiara... tak percaya tanya kumpulan Raihan...

Sunday, April 26, 2009

belajar sampai mampos...

Gambar Hiasan: Lawatan sambil belajar Toseicat Dolls ke Batu Caves


aku rasa sekarang ni bilal surau ar-rayyan depan ni mesti tengah setting2 mic sambil buat sound check nak azan subuh kejap lagi...

aku pulak belum tidur2 lagi, bukan tak nak, tapi baru lepas tutup buku study manufacturing... esok paper final last aku untuk sem ni... dua paper final je pon sem ni, tapi busy mengalahkan calon PRU yang mula tak senang duduk sebab pihak lawan dah start edar "wang saguhati"... course work sem ni memang bertimbun, 7 subjek berlawan2 bagi assignment dan report... terasa amat gagah aku sebab berjaya hantar semua... markah belakang kira, janji usaha tip-top...

kalau ikutkan kiraan umur aku yang dah mencecah 26 tahun ni, sepatutnya sekarang ni aku sama ada tengah tidur peluk bini, tak pun tengah bancuh susu anak... ikutkan hati, memang bosan belajar lagi dah tua bangka ni, tapi nak buat macam mana, salah aku jugak belajar tak habis dulu... sekarang ambik kau ubat, ambik mc sekali pon boleh...

menyesal memang menyesal, tapi pada aku kalau perjalanan hidup kita ini terlalu lancar, takde sangkut mana2, mesti cam ada yang tak kena... mesti rasa diri cam bagus sangat, sama cam apa yang aku rasa sebelum aku kena buang Universiti Tendang Menendang dulu... bila dah berdebuk jatuh, baru nak meraung sakit...

tapi, apa2 pon aku pegang kata2 the harder you fall, the higher you'll bounce... gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan... apa yang penting, kerjasama kata wonderpets... kalau tak dapat status 'diberhentikan' dulu tu, alamat mati hidup balik la aku tak merasa dapat foflet... everything happens for a reason... andai kata dah memang ditakdirkan aku grad umur 27 untuk sekeping kertas berautografkan dekan, aku redha... apa ingat orang tua tak boleh jadi jurutera berkaliber?

Tuesday, April 14, 2009

berlibur sambil beramal @ Rumah Amal Limpahan Kasih...

19 april (ahad) ni shireen alyssa (my lovely niece) akan menyambut hari lahir nya yg ke-5 di Rumah Amal Limpahan Kasih (Puchong) sambil meraikan anak2 di sana... pelbagai aktiviti ada dalam rancangan untuk menghiburkan kanak2 (both guests and residents) seperti mini golf, magnet fishing, ring toss, face painting, musical chairs, apple in a pot dan banyak lagi...

jadi bagi sesiapa yg cam takde keje nak wat hari tu atau memang nak berseronok sambil beramal, jom la join weh... jaga booth games... serius seronok bila tengok bdk2 enjoy... for further info, pls contact my sis shila @ 0102255457 or alyssa'a blog...

so apa tunggu lagi... bawak semua kawan2, bf2, gf2, husbands, wives, anaks, cucus yang ada... kita jumpa di sana di sana di saaaaaaaannnnnaaaaaaaaaaa...




click here for a larger map

Wednesday, April 8, 2009

skema jawapan penilaian tahap 1 Tabika Kemas...

atas ni bukan gambar hiasan... ni aku di tahun 1984 bulan julai (ada tulis pon kat situ, saje je nak ulang balik... ingat senang ke sekeping gambar nak survive 25 tahun?) aku ketika kecik, amatlah banyak cakap... semua ahli keluarga terdekat pon tau... semangat ingin tahu aku melampaui batas usia... kalau aku dengar @ baca apa2 perkataan yang aku tak tau maksud, siapa2 yang ada di sekeliling aku akan jadi mngsa, dan selalunya adalah mak dan kakak aku... abang2 aku dok asrama, kalau ada pon jarang layan aku... jadi tinggallah mak dan kak aku melayan soalan2 cepumas aku...

pada suatu hari masa aku umur 4tahun, aku tengok drama swasta yang tak membina minda... sekarang semua drama swasta kot, dulu lain sebab ada sesetengah drama yang orang2 kerajaan jadi pengarah, penerbit, pelakon, boom, make-up artist dan driver van production house... (aku bantai je, aku pon tak tau kenapa dulu drama2 dipanggil "drama swasta") nak dijadikan cerita, ada la dalam dialog drama tu sebut "pelacur"...

aku yang naif dan daif pun bertanyalah kepada mak aku yang memang penonton setia drama2 camtu (dulu la, sekarang ni layan Jelita, Spa-Q dan cerita yang ada watak Rado, sekejap mati sekejap hidup sekejap buta tu, tak tau tajuk pe)...

"mak, pelacur tu ape?" tanya aku dengan penuh perasaan...

"pelacur tu perempuan jahat..."

"jahat camne? merompak ke?" tanya aku lagi tanpa belas kasihan...

"tak, dia selalu keluar malam, pastu hisap rokok..." jawab mak aku, berdasarkan kelakuan watak tu masa aku tanya...

(kepada perempuan yang hisap rokok jangan la terasa plak k? zaman dulu perempuan merokok sangat rare... so apa2 watak perempuan jahat dalam tv akan dimulakan degan aksi perempuan seksi pegang rokok hembus asap... stereotype)

ok, maklumat diterima... saving data...

beberapa hari pastu, aku ternampak seorang wan, bukan wan kamarudin-ape-kejadah edisi siasat tu, tapi wan @ nenek... (orang pahang panggil nenek tu wan kalau nak tau... kalau nak tau la kan, kalau tak nak tak payah la baca lagi, gi la baca siri bercakap dengan jin tamar jalis ke, buku sifir ke pe...) wan tu tengah bersantai dengan dedikasi nya atas pangkin depan rumah dia, sambil menyedut rokok daun...

"definasi" pelacur yang baru download tu terus run dalam otak aku, sepantas milisaat... tanpa segan silu balik tu aku bagitau mak aku...

"wan tu pelacur kan?"

kesian orang tua tu kena fitnah... nasib baik la tak tersebar keliling kampung...

wtf's of the day: katakanlah yang benar, meskipun ia pahit...

Monday, April 6, 2009

janji melayu @ janji keling?


aku agak tertekan tadi... apa perasaan korg kalau lecturer janji suruh wat presentation ari selasa, tapi alih2 isnin dah suruh present? dengan slide tak siap, nk cerita pe? buat wayang kulit? aku ni dah memang kulit ngan tulang je ada, memang real a kalau wat wayang kulit pakai projector tu...

nasib baik la undi, terkena turn untuk esok... bengang2, balik tengok klip ni, hilang sengal aku...




wtf's of the day: sayangilah gigi anda... gunalah sensodyne

Thursday, April 2, 2009

selangkah ke alam angker...


duduk asrama time sekolah memang syiok habis... siapa2 yang pernah tinggal di asrama, mesti takkan terlepas dari dengar pasal cerita hantu... atau bagi yang memang bernasib "baik" dapat jumpa @ tengok sendiri depan mata... ada yang jumpa keranda terbang la, bebola api la... kerandut terbang ngan bebola sotong terbang je yang takde...

teringat dulu kat sekolah, member aku nama Kering nampak hantu melekat kat dinding dok usha dia... gila horror... pastu JJ plak nampak hantu kaki 3... sekolah kat ceruk, dalam hutan... jangan kata bertendang, jin2 semua siap main sepak raga bulatan kat area situ aku rasa... 3 tahun sekolah situ dengan pelbagai aktiviti pukul 2 ke atas, macam2 mende kitorang dapat tengok...

tapi yang best, time aku tukar sekolah lain kat melaka... sekolah memang ol'skool... tepi pagar siap ada kubur2 lama zaman hang li po... pernah gak member2 aku Paloh, Leman dan Ayam nampak budak2 kecik bogel main kejar2 kat situ... kalau pukul 5 petang, takde la plak nak jadi seram kan, mana tau anak warden ke pe... tapi kalau dah dekat pukul 5 pagi, apa mende lagi kalau bukan toyol... gila meremang... tu pon tak serik2, masih bernafsu fly balik awal2 pagi...

kat area lab bio kitorg pulak, ada la satu display corridor... kat situ banyak sample2 binatang yang dah diawet, termasuklah janin bayi... tak tau plak dapat kat mana, tapi memang banyak a yang jumpa makhluk bukan2 kat situ... ada yang siap jumpa kepala terbang la, mak janin tu datang nangis2 la... macam2 cerita...

aku dengan Wong pernah balik fly lalu situ, dalam kul 2 pagi kot tak silap aku... sebab tak nak pak guard nampak, time nak lalu tu, aku tutup la suis lampu... sekali tengah jalan, lampu nyala balik... mengelabah la aku nyorok, bajet pak guard yang on... dari tempat aku nyorok tu memang nampak jelas suis lampu... takde plak pak guard kat situ... mungkin dia dah blah, nak sedapkan hati la... tengah aku dok usha suis tu, lampu padam balik, pastu siap nyala balik... kira on-off banyak kali la... meremang bulu pubis... aku ngan wong pon cargas la terus balik dorm, tau dah memang bukan pak guard main lampu tapi "orang" lain...

kat dorm aku pon agak cemerlang la mutu keangkerannya... aku pernah dengar hantu mengilai... serius menggeletar... bunyi bukan dibuat2 oleh budak2 sebab aku tau sangat la suara menyakat ni... sebab yang biasa buat mende2 tu member2 gak... nak kata ringtone, handphone time tu mana la budak sekolah mampu pakai lagi... tahun 1999... kalau ada pon memang jenis yang batu-bata la... rintone kring2 je... malam tu semua memang tidur awal, sok ada ujian selaras... boleh plak aku terjaga, pastu dengar pompuan mengilai gila kuat, pastu makin slow... lega aku sebab dah makin jauh la konon nya...

esoknya aku buat tak tau, malas nak kecoh2... sekali ada budak blok sebelah pon dengar... kira bukan aku sorang je la kena... pastu ada plak teori yang kata, kalau hantu mengilai kuat, maknanya dia jauh... tapi kalau kita dengar perlahan, maknanya dia dekat... kira yang aku dengar kuat ke makin perlahan tu, dia makin dekat la... ntah2 yang paling perlahan tu, dia dok sebelah aku... bukan nya aku nampak sebab selimut satu badan, kecut segala organ hehehe...

ada sekali tu pulak, time pecah masuk bilik warden... beberapa hari sebelum tu, barang kitorg banyak kena rampas... seluar jeans, walkman, rokok pe semua... ada la mulut gatal yang cadangkan nak pergi ambik balik... so malam tu kul 2 lebih, berbekalkan plastik sampah dan selimut (wat turun dari syiling, nak terjun gayat), kitorg pon gerak... aku ingat lagi, chem dan trasher siap pakai seluar kadet tak silap aku... bajet komando a haha...

sampai je lokasi, kitorg naik dari syiling tandas sebelah bilik warden... aku standby atas syiling bilik warden, chem dan trasher turun ambik barang... lagi 2 orang, Kapla ngan Arip standby kat tandas tempat naik, kot2 pak guard lalu... so senang la nak cover line... tengah aku seronok tengok 2 ekor tu kutip barang2, Kapla yang standby kat tandas jenguk atas syiling, tengok aku...

"pek..." dia panggil...

"asal?" sahut aku...

"takde pape... " jawab kapla...

pas setel ambik barang, kitorg pon blah... hasil lumayan, penuh satu plastik sampah besar tu... dah macam santa clause... macam2 ada... sampai dorm, aku tanya la kapla, asal panggil aku tadi padahal takde pape nak cakap...

"aku nampak sebelah ko ada sorang lagi dok cangkung... dia dok tengok je ko kat atas syiling tu... aku saje panggil kot2 trasher @ chem sebelah ko... tapi bukan..."

ah sudah... aku dah meremang gila time kapla cerita tu... tegak semua bulu2, memang terpacak... kapla kata dia tak nampak sangat muka "orang" tu sebab cahaya kat situ samar2, tapi memang jelas a dia tu dok tenung aku... takkan bilik warden pon pasang penunggu kot?

Friday, March 20, 2009

kucing terbunuh kerana semangat ingin tahu...


(Gambar hiasan) choki tidur mati

as the saying goes, curiosity killed the cat... don't know exactly which cat it is referring to (hopefully none of mine ^_-), but surely enough, curiosity had certainly sculptured my life's path...

the Almighty had bestowed me with bright brain when i was a kid... high level of curiosity had driven me to seek whatever knowledge or information that are available around me... with help and guidance from my beloved parents and sister, i was able to read when i was about 3... and before i was 4, i was able to recognize and memorize many well known public figure and great leaders such as Margaret Thatcher, Corazon Aquino, Rajiv Gandhi and some local ministers... i am curious to know on what's happening and who's who in the world... although i do watch cartoons and read comics, but i really love to watch news and read newspapers... for me, it's kinda weird for a 4 year old kid, but that was me, really...

when i was a kid, my abah brings me everywhere, especially when there will also be some prominent faces present... if i'm not mistaken, i was spotted by a reporter while i was reading a newspaper in some occasion in Raub... and he asked me "tengok gambar ke, dik?"... and i replied "tak lah, baca berita..." he just laugh, but as soon as i read every single word in the news, he stopped laughing and took me seriously... so the first interview started, and by april 1987, my story was published in a few local newspapers and i was also a guest in Selamat Pagi Malaysia...

curiosity continues to accompany me to my schooldays... being in a chinese primary school feeds my hunger for new things to learn, especially in language and culture... but in the same time, my curiosity started to harm me... i started smoking at a very young age, which i regretted very much... and i was also into shoplifting... thank god i never got caught... somehow curiosity had ignited me to do these things... but i do not solely blame it on curiosity, me myself is also guilty for whatever i was becoming then...

what i am trying to say is, we do need curiosity in our life... but what's really important is how and where we channel it... i had some up and downs in my life, and i've learnt my lesson the hard way...

Saturday, March 14, 2009

ulangtahun eh bukan, ulangminggu...


hari ini genap lah seminggu choki bersalin... 5 orang anak dia, setakat ni alhamdulillah, sihat2 belaka... tapi aku risau gak, sebab choki suka sangat pindah2 anak dia, cam la aku nak curi... mungkin itu dah memang naluri semula jadi ibu kucing...

dan setelah seminggu, baru aku dapat decide nama untuk anak2 choki... hajat di hati nak bagi nama ahli2 korn, tapi dah korn tinggal 3 ekor selepas head dan silveria blah, jadi tak cukup... slipknot plak terlebih ramai... new boyz? aku tau nama tomok sorang je...

fikir punya fikir, PM kita pun dah nak masuk yang ke-6 dah... dapat la idea untuk bagi nama anak2 kucing ni... yang 3 paling aktif (tengah syok menyusu kat dalam pic tu) aku bagi nama aman, ajak dan usin... yang paling banyak bunyi (yang tengah cuba menyelit nak menyusu gak tapi tak dapat2 tu) , chedet... dan yang paling banyak tidur (yang terbaring, sanggup lapar asal dapat tidur tu), sila faham2 sendiri...

lepas ni kalau ada lagi choki beranak, dan yang keluar tu ada mata bertompok sebelah, aku dah tau nak bubuh nama apa...

Thursday, March 5, 2009

rintihan hati si ibu tiri...

Salam sejahtera...

saya dengan ini ingin meluahkan isi hati yang terbuku... baru2 ini hidup saya telah menjadi semakin ceria dengan kehadiran anak tiri menemani diri ini... hidup saya tidak lagi sunyi seperti hari2 terdahulu, semenjak kehadiran dirinya...

namun, keindahan itu singgah hanya seketika di dalam plot kehidupan insan kerdil ini... segala nikmat ditarik balik dalam sekelip mata... anak tiri yang selama ini melengkapkan naluri keibuan, tidak pulang berhari2...

keadaan saya yang kini sarat mengandung telah memburukkan lagi keadaan... semakin hari saya makin sugul dan tertekan... makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak berdengkur... diharapkan kepada mereka yang ada berjumpa anak tiri saya ini, sudilah kiranya membawa dia balik ke kediaman saya...

kesunyian ini turut dirasai oleh sugardaddy2 saya, iaitu pemuda2 kacak 59@7/78 anjung kristal... mereka terkilan kerana kini tidak lagi berpeluang untuk bergurau senda dengan anak tiri saya...

bantulah saya untuk kembali ceria...

yang binatang;
CHOKI
(bukan nama sebenar)

anak tiri yang dimaksudkan...

termenung jauh terkenangkan dirinya...

di saat2 indah bersama...

tidur yang terganggu dek igauan2 ngeri...

Thursday, January 29, 2009

191km/h...

i just came back from kampung for CNY... unlike raya, i still get angpows for CNY since the chinese will only stop giving you angpows when you are married ^_-...

during festive seasons, traveling by bus from kl to my hometown is not really a good option... there were a few times where i had to stand in the jam-packed bus, all the way from kl to bentong... and that is like an hour and a half of hell, thanks to pedal-to-the-metal drivers and the well known winding karak highway... so when dunn asked me if i want to hitch a ride, i did not hesitate to say yes despite the fact that i have never rode with him on his "monster" before...

this picture right here is more or less similar to the "monster" i'm talking about... an aprilia tuono... 1000cc if i'm not mistaken and weighing over 200kg...

the ride back home from shah alam to karak was kind of fun... started of with moderate speed, and by the time we reached karak highway, the adrenaline already did its job... so no heart throbbing actions what so ever...

but today's ride back to shah alam was from another chapter of Pillion-riding for Dummies... being a pillion rider taking sharp corners at 160km/h made my blood run cold... and seriously, at 191km/h, your testicles will shrink... ~..~

Wednesday, January 21, 2009

rumah baru yang berhormat...


petang tadi, aku dan busu telah bermain peluh di bawah terik mentari, menyiapkan "apartment" untuk makhluk sekor ni...

dah 3 ari die menetap kat umah ni, malam first tido dalam toilet... malam 2nd, menginap di rumah tumpangan cage guinea pig atas ikhsan dr ida...

akhirnya, malam ketiga beliau, berjaya juga memiliki kediaman sendiri yang eksklusif... hanya berbekalkan modal yang tak seberapa, tapi penat yang agak menjengkelkan...

thx busu tolong aku... aku nak belanje makan, ko plak diet... nasib la muahahaha...

sebelum rumah siap - keadaan beliau yang agak tertekan, jelas kelihatan dari riak muka yang serius
setelah selesai upacara perasmian tong taik
posing manja dari beliau... kepada kucing2 jantan yang sangap, beliau ini masih belum akil baligh jadi sila simpan senjata masing2... harap maklum

Tuesday, January 20, 2009

kaki ku...

PERINGATAN: entri ini ditulis bukan untuk meninggi diri, bangga, riak, takabur, berlagak atau apa sahaja niat yang negatif... sesungguhnya hanya lah hendak melepaskan perasaan tidak puas hati semata... harap maklum

dalam bulan oktober tahun lepas, aku dapat surat dari world class university tempat aku belajar ni... berkenaan ngan result aku grad diploma dulu... aku dapat graduan terbaik fakulti mekanikal batch aku... alhamdulillah... dorg bagi sijil dan cek saguhati (tak perlu lah aku sebut amaun, ciput je, budak sekolah rendah dapat lagi banyak... bkn tak bersyukur, tapi tambah la sket... bkn dari duit poket korg pon, duit rakyat gak kan)... dalam surat tu tulis boleh amik mulai 20 November... jadi 20 November tu sebelum subuh aku dah terpacak depan HEA (tipula kot sebelum subuh, aku keje time tu... tgh break lunch...)

bila aku dapat sijil tu, nama salah eja... fine, aku dah biase sebab nama aku bukan calang2 orang boleh eja dengan betul... banyak gak sijil aku salah, tapi yang paling dahsyat, sijil BTN (Kursus Biro Tatanegara)... dengan konfiden BTN tulis nama aku dengan BINTI... tapi dorg wat keje cekap... sebulan pastu aku dah dapat sijil dengan nama yang betul... dan dalam kes world class university ni, amatlah menyenakkan limpa aku...

aku cakap kat orang yang incharge tu nama salah, pastu dengan lemah lembut dan tata tertib dia berkata;

takpe, kitorg boleh betulkan...

bape lame? aku tanya...

dalam 2-3 minggu...

ok, aku pegang... sebulan pastu aku gi... saje bagi 1 minggu advance dengan harapan dah siap... ternyata hampa... alasan seperti berikut...

maaf la dik, sijil belom siap... pegawai yang tau gune printer sijil tu cuti SEBULAN...

wtf? sebulan cuti? gi haji ke pe? bukan musim haji pon time tu... bersalin tak mungkin kot sebab lelaki... kene ada 1 orang je ke yang tau guna printer tu? (aku cakap dalam hati je la, seakan sadis kalau aku keluarkan...)

takpe la... aku disuruh tunggu sampai dorg call... fine, tenkiu...

16 Januari 2009 (kire2 sebulan plak pastu...) aku dapat call dari mereka...

sijil dah siap, boleh datang amik... katanya...

aku pon gi la tadi sebab arini baru free...

aku pon tengok nama, betul dah... tapi title plak salah... untuk pengetahuan, ada 2 kategori graduan terbaik, terbaik FAKULTI dan terbaik PROGRAM... dengan penuh keyakinan dorg type PROGRAM... aku pon tanya puan yang lembut lidah dari gigi geraham bongsu tu...

saya dapat terbaik fakulti kot kak...

alamak, salah lagi ye dik? maafla... tapi sambung degree sini kan? so takde masalah la nak datang lagi...

ewah2, sedap sungguh mulut berbicara...

abes, kalau saya kerja kat sarawak camne?... kali ini aku tak simpan dalam hati dah, keluarkan tanpa terdetik rasa bersalah dengan keazaman yang tinggi...

takpe, nanti siap kami call... mintak maaf banyak2...

balas puan tu sorang2 sebab aku dah angkat helmet dan blah... bukan sebab panas hati je, tapi sebab kat luar hujan... aku tak nak basah disebabkan kelemahan dorg wat keje... come on la... semua particulars tu ada dalam database aku rasa... ctrl+c ctrl+v je kot, tu pon bole salah sampai 2 kali ke? sekali boleh gak aku nak pujuk panas baran aku ni... tapi 2 kali is just too much... ni bukan sijil Berjalan Untuk Negara ke pe korang nak wat lebih kurang...

patut la dulu, member aku anwar PP tulis dalam essay english die, Uxxx - world class university; my foot!... ni bukan essay assignment ke pe, tapi paper bel final... aku tabik dengan sikap rebel ko... dan aku tabik spring kat lecturer yang mark paper tu sebab still bagi A walaupun statement itu agak kejam...

p/s: pic atas tu koleksi contengan meja terbaru... dalam bubble tu "hen"= benci...

Sunday, January 18, 2009

aku bersyukur...


(aku dpt idea ni dari blog liana ezzana, kakak hanis zalikha... aku baca blog dorg bkn kerana dorg cantik, tapi kerana dorg pandai menulis, betul tak tipu ^_-)



berikut disenaraikan perkara2 yang aku bersyukur setakat ini, dan akan dikemaskinikan apabila aku rasa ada yang tak cukup...



  1. aku bersyukur aku islam (alhamdulillah...)
  2. aku bersyukur aku masih bernyawa hari ini... (pejam celik pejam celik, dah 26tahun...)
  3. aku bersyukur aku dilahirkan lelaki (bukan aku gender bias tapi aku tak boleh bayang camne aku nak cope ngn period, pregnancy and labor... serius aku takut)
  4. aku bersyukur aku dilahirkan dan menetap di malaysia (bukan angola, namibia atau timor leste...)
  5. aku bersyukur abah aku hantar sekolah cina (walaupon jauh gile, membesar dalam bas je aku...)
  6. aku bersyukur aku masih boleh cakap dan tulis cina (termasuk mencarut, mencerca dan yang seangkatan dengan nya...)
  7. aku bersyukur aku dapat masuk mrsm dulu, macam2 mende aku belajar (seimbang baik dan jahat...)
  8. aku bersyukur dapat masuk utm dulu (pas 3tahun kene tendang, tanpa dapat sijil tapi dapat kesedaran...)
  9. aku bersyukur aku tak jadi penagih tegar pas kene buang tu (serius ada terlintas di fikiran aku nak jadi camtu...)
  10. aku bersyukur uitm pungut aku pastu (dah selesai diploma, degree dalam perjalanan...)
  11. aku bersyukur ada family yang support dan sayang aku walaupun aku banyak wat taik (selain dari taik dalam jamban tu...)
  12. aku bersyukur family dan kawan2 aku lawak2 belaka (sampai aku ada six-pack hasil dari kejang perut selalu gelak...)
  13. aku bersyukur Allah bagi aku otak yang senang ingat (tapi kadang2 lupa lagi cepat...)
  14. aku bersyukur aku takde penyakit serius (setakat ni la, akan datang mintak jauh...)
  15. aku bersyukur sebab aku tau bersyukur (dan tak kufur nikmat...)
  16. aku bersyukur yang aku sedar aku akan tambah lagi list ni nanti sebab sikit sangat yang aku tulis kalau nak dibandingkan dgn nikmat yang Allah bagi melimpah2 kat aku selama aku hidup...
bersambung...

Wednesday, January 14, 2009

jalan2 cari lawan: Bangi Kopitiam...

tadi ptg aku dan rakan2 sedivisyen iaitu busu, sudin dan cikun telah membuat lawatan sambil melantak ke bangi kopitiam cawangan belia 4B seksyen 7... ala kopitiam kid search tu... tapi gi tadi tak nampak lak muka die, kat banner ade la... yang ada cuma waiter2 myanmar...

memula yg aku suka adalah interior die... smart, klasik dan tak semak @ crowded sangat... kipas banyak so ventilation tip-top... kipas ol'skool gile zaman jepon pon ade... jalan laju je kipas tu, tukar enjin halfcut kot...

pastu dapat menu, aku suka harga lak sebab tak la mahal sangat... up sket la dari kedai biase tapi tak la sampai cekik darah... tapi minuman yang berkisar air batu agak mahal la...

aku order set, kopi o @ teh o + toast + telur separuh masak 2 biji... harga rm4... kire ok la kan? sudin n cikun pon follow... busu nak mengimbau kenangan zaman kanak2 so order aiskrim...

ini la keadaan toast telur yang aku dapat... nampak menyelerakan nafsu makan aku (nafsu makan sahaja k, bukan nafsu lain)... aku pon ngn rakus boh "pepper" kt atas... byk gak aku taruk... pastu aku perasan busu usha pelik...

"garam tu bang..." katenye... (jgn konpius, kami se83 tapi die akan panggil sape2 "bang" pada situasi tertentu)

"ooo..." balas aku ngn muka cam stand by nak kene darah tinggi...

nak tak nak bedal je la... tapi still ok walaupon masin cam pe...

suke aku tengok cawan2 camni... teringat aku zaman2 abah aku bawak gi minum kedai cine dulu time kecik2... dulu aku slalu gak lepak oldtown, tapi sejak brader khalid post entry pasal oldtown ade serve non-halal, aku tak masuk dah...

aku nak snap pic aiskrim busu makan tapi apa kan daya, kejap je dah tinggal mangkuk... pic atas ni takde kene mengena pon... cuma aku suka amik gambar awan... ni kat atas construction site depan ni, ktorg panggil sampoong, tribute utk shopping mall kat korea yang runtuh dulu tu... senget sket a pic ni, aku snap sambil bawak moto...

Monday, January 12, 2009

42 questions...


1. Have you ever told anyone you were OK when you really weren’t? ~ yes
2. What do you currently hear right now? ~ my snot
3. Does the number 19 have any significance to you? ~ was born in 1983
4. Be honest, do you like people in general? ~ depends
5. Who was the last person that left you a comment? ~ fendy ahmad
6. What do you think your best friends are doing right now? ~ don't have a clue
7. How old do you think you will be when you finally have kids? ~ earliest i can get is by 29, insyaAllah
8. What are you most looking forward to tomorrow? ~ class, eat, sleep
9. Do you think you need anyone? ~ yup
10. Been awake for 48 hours? ~ once, will never ever do it again.
11. What is one thing you miss about your past? ~ make my parents proud
12. Are you jealous of anyone right now? ~ yes, rockstars for their wealth n fame
13. Do you like your first name? ~ yes, girlish but special
14. Baseball or football? ~ neither
15. Would you ever forgive someone if they cheated on you? ~ yes, but that will be the last time i get fooled
16. What are you looking forward to in the next month? ~ CNY
17. When is the last time you talked to number 1 on your top friends? ~ couldn't refresh for the time being
18. Do you regret doing something today? ~ yup
19. When you think of the rainbow, what pops in your head? ~ the pot of gold at its end
20. Have you lost contact with someone you miss? ~ a lot
21. Do you think you’re old? ~ old enough to differentiate between good n bad
22. Do you wish you were someone else? ~ yes, someone better
23. When was the last time you cried really hard? ~ in a dream
24. If you could change your eye color would you? ~ no.
25. Ever kissed your number 2 on friendster? ~ it's a guy. no way.
26. Slept with someone you don't know in a bed? ~ never tried
27. How many hours sleep did you get last night? ~ 5 n a half
28. Are your friends with any of your exes? ~ tried to but failed
29. What music are you listening to now? ~ estranged
30. Is there a member of the opposite gender on your mind? ~ no
31. Have you told anybody you loved them today? ~ no
32.
Are you growing apart from someone close? ~ yes.
33. Can a girl and a boy be besfriends without having feelings for each other? ~ definitely
34. Do you watch a lot of tv? ~ used to
35. Everything happens for a reason? ~ yes especially shit
36. Do you live with both of your parents? ~ yes
37. Do you think too much or too little? ~ so-so
38. Does anyone call you babe? ~ nope
39.
Did you kiss or hug anyone today? ~ nope
40. What jewellery are you wearing? ~ a ring
41. Have you ever wanted something you couldn’t have? ~ yes
42. What’s the number one thing you want in life? ~ blessings

Sunday, January 11, 2009

stray cats...

posted by C. Beth at The One-Minute Writer - 9 hours ago

If you could hire someone full-time to make your life easier, what would their duties be?
>to collect all the stray cats that he/she could find...



in this photo: sparrow; mellow; hope; faith; YM; jantansimpananYM; waiter; kucingkudung; kucingdarahkaki; kucingtasek and cici