orang kita sangat suka jaga tepi kain orang... memang dah macam di encode dalam dna orang kita, dari la zaman pak pandir, sampai zaman kj, mesti nak kena ambik tahu pasal orang lain... tak kira la jiran ke, saudara mara ke, rakan sekerja ke, mesti nak "sibuk-badan"...
semalam ada
berita pasal satu family dekat pahang yang nyaris murtad sebab tak tahan kena cerca, hina, buli, dan macam2 lagi dengan jiran, hanya sebab mereka ni miskin... macam ni ke perangai orang melayu yang 99.9% (harap2) islam? sudah lah tak menolong, ditambahkan pula lagi beban dorang tu... ape la... sampai sanggup potong paip air, baling batu semua... macam kaum jahiliyah... malu aku nak mengaku orang pahang...
dan akibat tak tahan dengan tekanan, mereka ni mengambil jalan mudah yang mungkin last resort bagi dorg, untuk tukar agama kepada agama yang memang terkenal dengan "kemurahan hati" itu... mungkin ada sampai "dakyah" agama ni yang memang mewah wang ringgit ke pengetahuan keluarga ni, jadi dah termakan umpan... dan mungkin juga mereka ni agak kurang ilmu, tambah pulak dengan desakan hidup susah, dimeriahkan lagi dengan "sokongan" jiran2 yang "mulia"... memang nampak satu jalan keluar je la kan... nasib baik la ada yang prihatin tolong selamatkan, kalau tak, "selamat" la agama tu dapat sekeluarga penganut baru...
yang terkini, ada plak
rakan blog aku ni pon jadi mangsa orang dok jaga tepi kain dia gak... cantik barangkali kain dia ^_- ... dah besar panjang, siap masuk universiti pon, mentaliti masih paras bawah buku lali... cukup la dengan pakaian yang makin singkat, otak pon nak ikut sama ke? ntah la... sampai bila orang kita nak obses dengan kain orang lain, aku pon tak tau... nasib baik la aku selalu pakai seluar, jarang pakai kain ^_-
p/s: hari ni buat pertama kali dalam hidup, aku kebumikan kucing... dengan bantuan busu, ktorg tanam dia belakang rumah... kucing sebelah ni mati petang tadi, setelah sekian lama dia menumpang kat belakang rumah kitorg... ibu dia cam tak amik kisah kat dia, sampai tak cukup menyusu semua... aku bagi susu kotak, tak minum... dah syak dia ni ada penyakit, badan pon lemah je... dari hidup terseksa, mungkin lebih baik dia "balik" je... puteh RIP