Showing posts with label nostalgila. Show all posts
Showing posts with label nostalgila. Show all posts

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson - 1958-2009...


michael jackson had passed away from cardiac arrest a few hours ago... he was 1 of my favourite singer ever since i was a kid... i was growing up listening to his songs, watching his awesomeness via vhs... in the 80's, he was really something... his kind of music, provocative dance moves and mind blowing music videos are way beyond its time... plus his songs are so universal, anybody can relate to each and everyone of them... whether you are filthy rich or homeless poor, deeply in love or submerged in hate, well taken care off or just simply being ignored...

although in the recent years his weirdness kinda overcomes his stardom, his songs still captures the hearts of millions around the world, including me... there was a rumour few years back that he converted to Islam, don't know for sure if it was for real or not... nevertheless, may the Almighty bless his soul, and may he rests in peace...

here's are some of his songs that i like the most... there are many others that i like, but embedding are not allowed by its uploaders in youtube... thanks for the nice music, dear jacko... there's a vast different between someone who sings with the mic, and those who sings with their soul... there might be another elvis or marley one day, but there will never be another MICHAEL JACKSON...












more news here

Saturday, May 16, 2009

sekolahku sorgaku...


image taken from here

semalam, aku telah dipaksa oleh Ashkut untuk bermain futsal bersama2 dengan member2 sekolah lama aku dulu... sejak habis sekolah 9 tahun yang lepas, ni la 1st time aku join mende2 ala reunion camni... bukan sombong, tapi aku segan ngan budak2 sekolah aku... dorang semua dah berkerjaya, aku masih "sekolah"... yang ada semalam, Hardcore - doktor di HUKM, Trasher - QA di Osram, Tak Sang - tokey kedai spek, Ayim - PTD, Aboy - akauntan, Maru - juruaudit... gila gempak semua... nasib baik la ada Ashkut ngan Ayam yang still kat UiTM cam aku... so tak la segan sangat...

memang cam bodoh main futsal 4 sebelah tanpa keeper sebab tak cukup orang... tapi aku still enjoy... video ada tapi tak boleh upload sebab banyak sangat caci maki yang tak sesuai untuk pembaca bawah umur... mulut longkang semuanya, mencarut aje kerja... teringat balik zaman sekolah yang memang bahagia walaupun senantiasa dihambat warden... lepas penat main futsal, penat gelak plak... semua masing2 bukak cerita lama... pasal Ayam ngan Gabus kantoi rokok tapi tak petik nama2 lain dan siap boleh tawar menawar lagi ngan warden berapa hari nak gantung, pasal Trasher curi buah, dan paling best pasal TakSang makan tanah kena belasah ngan senior... malam tu memang sejarah, tercetus revolusi...

kisahnya, sekolah aku cam bodoh, amat mementingkan senioriti... semua benda form 4 tak boleh buat... baju kena masuk dalam, gi kelas tak boleh lalu shortcut, cam bodoh... asal wat hal, malam2 kena a tarik ngan form 5... tengok nasib la, kadang kena sekolahkan, kadang kena "motor", nasib tak baik kena belasah... time yang TakSang makan tanah tu, form 5 ramai2 tarik dia gi padang belasah ramai2... tak tahan punya pasal, kitorang yang form 4 ni pakat serang balik, masing2 bawak apa yang tercapai dek tangan... besi, kayu, hanger semua ada... ambik kau form 5 lari bersepah, kena kejar ngan "adik2 junior"... puas hati gila... merasa cepuk senior... kaw2 kena mana yang sempat dalam gelap pukul 3 pagi tu...

kesokan harinya, sepuluh orang form 4 kena panggil gi mahkamah warden, termasuk la aku... cam bodoh, nak bela kawan kena pukul, alih2 kitorng yang kena masuk mahkamah, konon perancang la... nasib baik tak kena gantung ke pe... tapi lepas tu memang form 5 tak kacau kitorg dah, tak nak tuck-in ke, nak lalu shortcut ke, nak fly ke, tu kitorg punya pasal... tau pon kecut...

dalam banyak2 era, era zaman sekolah la paling best kecuali erra fazira... kalau boleh rewind, aku nak kembali ke zaman tu... tak payah fikir pasal duit, belajar pon lebih kurang, enjoy je setiap masa, tanpa ada rasa tanggungjawab... harap2 anak aku nanti tak hadapi zaman sekolah cam aku, biar dia jadi budak baik yang bertemankan buku dan library sahaja...

Thursday, May 14, 2009

siri seram2 kuku: penunggu...


semenjak aku habis sekolah, macam2 kerja aku pernah buat... walaupun part time dan tempoh masa paling lama pon 6 bulan, tapi cukup banyak memberi kesan pada aku... antara pekerjaan yang bertuah sebab dapat aku untuk melaksanakannya:
  • sales assistant - 2 supermarket yang berbeza, satu dah bangkrap anak taukey songlap $
  • general worker kilang - skop kerja meliputi sesimple housekeeping hingga secomplicated pasang mesin sebesar rumah, kenangan manis pernah terpaksa kerja dari 8pagi - 2pagi nonstop
  • pump attendant - hijau merah baru lama, tahap bangla
  • language counselor - position cam gempak kan? padahal hanyalah salesman penjual alat bantuan belajar bahasa ala linguafon
  • paper checker - untuk Kumon bukan kuman, kerja senang gila tanda kerja rumah budak sekolah rendah
  • brader burger - pencapaian terbaik aku adalah setting 27 daging special serentak, ada bran?
  • banquet staff - jadi kuli hotel bagi makan cina kahwin dan annual dinner kilang
  • steward - bukan dalam kapal terbang tapi panggung wayang, yang koyak tiket korang beli mahal2 dan bawak torch light ke hulu ke hilir dalam gsc seberang jaya dulu tu aku la
  • waiter - Secret Recipe Taman Universiti Skudai, Fisherman's Grill Sg Ara Penang, Renela Cafe Sek9 Shah Alam dan terkini The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam pok3
hari ini, genap seminggu aku kerja sebagai penunggu aka waiter di The Chicken Rice Shop plaza shah alam... part time je, rm4 sejam... dari duduk saja cuti2 sem ni, baik aku kerja... dapat duit tu memang lah motivasi utama, tapi selain daripada tu, pada aku banyak kebaikan buat kerja part time time2 cuti belajar ni...

pertama sekali, pengalaman la... duduk dalam tempurung kelas tu memang lah dapat ilmu, tapi setakat tu je la... ilmu untuk hidup takkan dapat nya... pengalaman paling best, aku pernah survive 2 minggu makan roti burger expired sahaja tiap2 hari... cam mat saleh makan roti je tak makan nasi, sengkek punya pasal... time kerja jugak dapat bergaul dengan macam2 jenis orang, macam2 tahap pemikiran... otak ada sikit bukak la...

aku paling suka kerja waiter, sebab kerja ni boleh melatih kesabaran... apa kau ingat senang nak tahan maki kalau salah hantar order? itu belum kira tumpahkan air atas customer lagi... tapi itu semua dugaan2 zaman dolu2, time awal2 aku berkecimpung dalam seni menatang juadah ni... sekarang alhamdulillah takde silap ambik order atau tumpah2 dah... dan aku juga semakin sabar, dah kurang baran dari dulu... dolu2 tau nak meletup je, tak padan kecik...

aku juga menyalahgunakan kerja part time untuk berlatih bercakap, build up soft skills and confidence level... dulu aku agak malu nak bercakap dengan orang tak kenal, especially dalam english... sekarang alhamdulillah boleh la sket2... setakat nak kencing mat saleh sesat tu boleh la... dan aku juga boleh praktis mandarin aku, maklumlah dan 14 tahun aku tinggalkan SRJK (C) Chung Ching kesayangan aku tu... paling best time jadi waiter dan ada customer cina yang tak tau aku faham apa dia cakap... macam2 rahsia boleh dengar... manyak syiok...

banyak lagi sebenarnya kebaikan buat part time ni, tapi aku tulis panjang2 pon bukan ada orang nak baca sangat... apa2 pon nasihat aku kepada yang masih belajar, cari la kerja part time time2 cuti ni walaupun bapak kau kaya raya, tahap ada Hummer tapi pakai untuk angkat buah sawit atau mempergunakan wang kertas untuk balut tembakau bikin lenteng... sesungguhnya pengalaman hidup itu tidak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai, iman adalah mutiara... tak percaya tanya kumpulan Raihan...

Wednesday, April 29, 2009

back in the days when there were only 3 channels on tv...

there was a time when ASTRO means nothing more than a word that can be combined with NAUT... the only thing that Malaysia has to offer was free tv... and with such limited channels to choose from, we have to endure all these ads and PSAs...


zaman ni bas boleh transform jadi lori sampah...



and since we have watched too many ads, we could memorize each and every line in its songs... and some even made parody versions!





tak boleh blah mamat 2 orang ni... kalah man belon...

Wednesday, April 8, 2009

skema jawapan penilaian tahap 1 Tabika Kemas...

atas ni bukan gambar hiasan... ni aku di tahun 1984 bulan julai (ada tulis pon kat situ, saje je nak ulang balik... ingat senang ke sekeping gambar nak survive 25 tahun?) aku ketika kecik, amatlah banyak cakap... semua ahli keluarga terdekat pon tau... semangat ingin tahu aku melampaui batas usia... kalau aku dengar @ baca apa2 perkataan yang aku tak tau maksud, siapa2 yang ada di sekeliling aku akan jadi mngsa, dan selalunya adalah mak dan kakak aku... abang2 aku dok asrama, kalau ada pon jarang layan aku... jadi tinggallah mak dan kak aku melayan soalan2 cepumas aku...

pada suatu hari masa aku umur 4tahun, aku tengok drama swasta yang tak membina minda... sekarang semua drama swasta kot, dulu lain sebab ada sesetengah drama yang orang2 kerajaan jadi pengarah, penerbit, pelakon, boom, make-up artist dan driver van production house... (aku bantai je, aku pon tak tau kenapa dulu drama2 dipanggil "drama swasta") nak dijadikan cerita, ada la dalam dialog drama tu sebut "pelacur"...

aku yang naif dan daif pun bertanyalah kepada mak aku yang memang penonton setia drama2 camtu (dulu la, sekarang ni layan Jelita, Spa-Q dan cerita yang ada watak Rado, sekejap mati sekejap hidup sekejap buta tu, tak tau tajuk pe)...

"mak, pelacur tu ape?" tanya aku dengan penuh perasaan...

"pelacur tu perempuan jahat..."

"jahat camne? merompak ke?" tanya aku lagi tanpa belas kasihan...

"tak, dia selalu keluar malam, pastu hisap rokok..." jawab mak aku, berdasarkan kelakuan watak tu masa aku tanya...

(kepada perempuan yang hisap rokok jangan la terasa plak k? zaman dulu perempuan merokok sangat rare... so apa2 watak perempuan jahat dalam tv akan dimulakan degan aksi perempuan seksi pegang rokok hembus asap... stereotype)

ok, maklumat diterima... saving data...

beberapa hari pastu, aku ternampak seorang wan, bukan wan kamarudin-ape-kejadah edisi siasat tu, tapi wan @ nenek... (orang pahang panggil nenek tu wan kalau nak tau... kalau nak tau la kan, kalau tak nak tak payah la baca lagi, gi la baca siri bercakap dengan jin tamar jalis ke, buku sifir ke pe...) wan tu tengah bersantai dengan dedikasi nya atas pangkin depan rumah dia, sambil menyedut rokok daun...

"definasi" pelacur yang baru download tu terus run dalam otak aku, sepantas milisaat... tanpa segan silu balik tu aku bagitau mak aku...

"wan tu pelacur kan?"

kesian orang tua tu kena fitnah... nasib baik la tak tersebar keliling kampung...

wtf's of the day: katakanlah yang benar, meskipun ia pahit...

Thursday, April 2, 2009

selangkah ke alam angker...


duduk asrama time sekolah memang syiok habis... siapa2 yang pernah tinggal di asrama, mesti takkan terlepas dari dengar pasal cerita hantu... atau bagi yang memang bernasib "baik" dapat jumpa @ tengok sendiri depan mata... ada yang jumpa keranda terbang la, bebola api la... kerandut terbang ngan bebola sotong terbang je yang takde...

teringat dulu kat sekolah, member aku nama Kering nampak hantu melekat kat dinding dok usha dia... gila horror... pastu JJ plak nampak hantu kaki 3... sekolah kat ceruk, dalam hutan... jangan kata bertendang, jin2 semua siap main sepak raga bulatan kat area situ aku rasa... 3 tahun sekolah situ dengan pelbagai aktiviti pukul 2 ke atas, macam2 mende kitorang dapat tengok...

tapi yang best, time aku tukar sekolah lain kat melaka... sekolah memang ol'skool... tepi pagar siap ada kubur2 lama zaman hang li po... pernah gak member2 aku Paloh, Leman dan Ayam nampak budak2 kecik bogel main kejar2 kat situ... kalau pukul 5 petang, takde la plak nak jadi seram kan, mana tau anak warden ke pe... tapi kalau dah dekat pukul 5 pagi, apa mende lagi kalau bukan toyol... gila meremang... tu pon tak serik2, masih bernafsu fly balik awal2 pagi...

kat area lab bio kitorg pulak, ada la satu display corridor... kat situ banyak sample2 binatang yang dah diawet, termasuklah janin bayi... tak tau plak dapat kat mana, tapi memang banyak a yang jumpa makhluk bukan2 kat situ... ada yang siap jumpa kepala terbang la, mak janin tu datang nangis2 la... macam2 cerita...

aku dengan Wong pernah balik fly lalu situ, dalam kul 2 pagi kot tak silap aku... sebab tak nak pak guard nampak, time nak lalu tu, aku tutup la suis lampu... sekali tengah jalan, lampu nyala balik... mengelabah la aku nyorok, bajet pak guard yang on... dari tempat aku nyorok tu memang nampak jelas suis lampu... takde plak pak guard kat situ... mungkin dia dah blah, nak sedapkan hati la... tengah aku dok usha suis tu, lampu padam balik, pastu siap nyala balik... kira on-off banyak kali la... meremang bulu pubis... aku ngan wong pon cargas la terus balik dorm, tau dah memang bukan pak guard main lampu tapi "orang" lain...

kat dorm aku pon agak cemerlang la mutu keangkerannya... aku pernah dengar hantu mengilai... serius menggeletar... bunyi bukan dibuat2 oleh budak2 sebab aku tau sangat la suara menyakat ni... sebab yang biasa buat mende2 tu member2 gak... nak kata ringtone, handphone time tu mana la budak sekolah mampu pakai lagi... tahun 1999... kalau ada pon memang jenis yang batu-bata la... rintone kring2 je... malam tu semua memang tidur awal, sok ada ujian selaras... boleh plak aku terjaga, pastu dengar pompuan mengilai gila kuat, pastu makin slow... lega aku sebab dah makin jauh la konon nya...

esoknya aku buat tak tau, malas nak kecoh2... sekali ada budak blok sebelah pon dengar... kira bukan aku sorang je la kena... pastu ada plak teori yang kata, kalau hantu mengilai kuat, maknanya dia jauh... tapi kalau kita dengar perlahan, maknanya dia dekat... kira yang aku dengar kuat ke makin perlahan tu, dia makin dekat la... ntah2 yang paling perlahan tu, dia dok sebelah aku... bukan nya aku nampak sebab selimut satu badan, kecut segala organ hehehe...

ada sekali tu pulak, time pecah masuk bilik warden... beberapa hari sebelum tu, barang kitorg banyak kena rampas... seluar jeans, walkman, rokok pe semua... ada la mulut gatal yang cadangkan nak pergi ambik balik... so malam tu kul 2 lebih, berbekalkan plastik sampah dan selimut (wat turun dari syiling, nak terjun gayat), kitorg pon gerak... aku ingat lagi, chem dan trasher siap pakai seluar kadet tak silap aku... bajet komando a haha...

sampai je lokasi, kitorg naik dari syiling tandas sebelah bilik warden... aku standby atas syiling bilik warden, chem dan trasher turun ambik barang... lagi 2 orang, Kapla ngan Arip standby kat tandas tempat naik, kot2 pak guard lalu... so senang la nak cover line... tengah aku seronok tengok 2 ekor tu kutip barang2, Kapla yang standby kat tandas jenguk atas syiling, tengok aku...

"pek..." dia panggil...

"asal?" sahut aku...

"takde pape... " jawab kapla...

pas setel ambik barang, kitorg pon blah... hasil lumayan, penuh satu plastik sampah besar tu... dah macam santa clause... macam2 ada... sampai dorm, aku tanya la kapla, asal panggil aku tadi padahal takde pape nak cakap...

"aku nampak sebelah ko ada sorang lagi dok cangkung... dia dok tengok je ko kat atas syiling tu... aku saje panggil kot2 trasher @ chem sebelah ko... tapi bukan..."

ah sudah... aku dah meremang gila time kapla cerita tu... tegak semua bulu2, memang terpacak... kapla kata dia tak nampak sangat muka "orang" tu sebab cahaya kat situ samar2, tapi memang jelas a dia tu dok tenung aku... takkan bilik warden pon pasang penunggu kot?

Friday, March 20, 2009

kucing terbunuh kerana semangat ingin tahu...


(Gambar hiasan) choki tidur mati

as the saying goes, curiosity killed the cat... don't know exactly which cat it is referring to (hopefully none of mine ^_-), but surely enough, curiosity had certainly sculptured my life's path...

the Almighty had bestowed me with bright brain when i was a kid... high level of curiosity had driven me to seek whatever knowledge or information that are available around me... with help and guidance from my beloved parents and sister, i was able to read when i was about 3... and before i was 4, i was able to recognize and memorize many well known public figure and great leaders such as Margaret Thatcher, Corazon Aquino, Rajiv Gandhi and some local ministers... i am curious to know on what's happening and who's who in the world... although i do watch cartoons and read comics, but i really love to watch news and read newspapers... for me, it's kinda weird for a 4 year old kid, but that was me, really...

when i was a kid, my abah brings me everywhere, especially when there will also be some prominent faces present... if i'm not mistaken, i was spotted by a reporter while i was reading a newspaper in some occasion in Raub... and he asked me "tengok gambar ke, dik?"... and i replied "tak lah, baca berita..." he just laugh, but as soon as i read every single word in the news, he stopped laughing and took me seriously... so the first interview started, and by april 1987, my story was published in a few local newspapers and i was also a guest in Selamat Pagi Malaysia...

curiosity continues to accompany me to my schooldays... being in a chinese primary school feeds my hunger for new things to learn, especially in language and culture... but in the same time, my curiosity started to harm me... i started smoking at a very young age, which i regretted very much... and i was also into shoplifting... thank god i never got caught... somehow curiosity had ignited me to do these things... but i do not solely blame it on curiosity, me myself is also guilty for whatever i was becoming then...

what i am trying to say is, we do need curiosity in our life... but what's really important is how and where we channel it... i had some up and downs in my life, and i've learnt my lesson the hard way...

Friday, February 6, 2009

kamus bergerak Besta...


anda ingin blaja loghat pahang? sila lah ke blog ini


lokasi: perkarangan rumah hj abd rasid yusuf (aka atuk aku), kg peruas, ulu dong, raub pahang
kiri ke kanan: safiratul rasyiqah, ayuni balqis, shireen alyssa
(aka anak2 sedare aku yg bercita2 jadi model kamdar)

Tuesday, February 3, 2009

telefon tangan...

aku dah sengal balik ngn maxis, die stat wat prangai balik cam dulu... nak je aku hempas2 fon kat lantai, tapi bodoh la aku wat camtu.... kang nyesal tak sudah plak... padahal dulu2 idup takde fon, segar bugar je aku... tapi skang ni asal takde fon cam gelisah mimpi nyanyian liza hanim... aku rase bukan aku sorang je camtu kot, rase2 nye la...

sebut pasal fon, dah jauh aku rase telefon tangan ni berkembang, dari zaman mule2 tercipta... dari saiz sebesar2 peti kecemasan yang loko n busu dok usung dulu time pbsm, sampai la ke saiz yang ade skang ni, kecik n nipis sampai ade yang genggam pon tak nampak...

first fon aku, pas abes skolah... aku beli pakai duit gaji keje time tnggu result spm, ujung 2000... ericsson ape ntah model aku tak ingat... lebih kurang yg kat atas ni, tapi kaler keliling keypad bole tukar2... aku nye keliling keypad kaler oren, bajet hip abes la... simpack mahal lagi, sratus lebih kot... skang ni 8.50 dh bole dapat...

pastu fon tu aku jual, angkat fon triump 2nd... puas aku slongkar internet, takde plak gamba fon tu... tak berjenama barangkali... fon tu syok, vibrate cam gempa bumi, ade game penguin tolak ais ketul... agak membina minda a dari men snake nokia... tapi fon tu ilang, jatuh time aku atas moto balik men kuda... padan muke sape suruh bjudi, dapat azab segar dari langit...
fon takde, bli la nokia 3310 ni... orang kate fon ni kebal, tapi aku pakai kejap je... aku tdo time tu lupe nak kuakan fon dlm poket takut kene kebas nye pasal... musim banyak ilang fon kot zaman tu kat umah sewa... bangun2 skrin dah gelap gelita, pecah ke retak aku pon tak sure... aku pon tolak sementara masih bau kedai... tak brape nak kdai pon sebenarnye, bebulan gak pakai, bau tungkik ade la kot...

pas tolak, aku pkai erisson t29... bli 2nd... syok pakai fon ni, rase cam fox mulder dalam x-files sbb bile nak cakap tekan je flip tbukak sendiri... kire jakun abes a time tu... dok bukak tutup bukak tutup...
pas fon tu pencen, aku pkai sony ericsson ni plak... ni antara model terawal sony ericsson aku rase... t bape ntah... skrin dah maju sket, lampu biru beb... sempoi, nipis...ade gaya ala2 fon awek sket... jambu a aku time tu... jambu batu... jamban pon bole...

pastu aku dapat fon motorola, akak aku bagi sebab die dapat fon baru kompeni bagi... motorola pe ntah, kaler merah gong xi fa chai... tu la fon berkamera pertama aku, gile sakai... sme mende nak snap padahal memori tak besar mane pon... fon tu pon aku cari gamba dlm internet tak jumpe2...
pastu fon tu plak mragam, dok asik off sindri... berantu agaknye... aku angkat fon atas ni tanpa segan silu sebab apek kdai nak amik fon lame tu ngn 200... fon ni agak kebal, tapi housing punye la susah nak bukak... sampai tekopek2 kuku aku... skang dah tinggal bangkai fon ni, aku bagi adik aku, die gi operate plak... nak cipta fon sindri agaknye... bajet best...

aku bagi adik aku fon tu pon sbb aku dapat fon len, abg ipar aku kasik sbb die dapat fon baru akak aku bagi dapat dari kompeni lagi skali... gile best keje kilang fon, asik dapat free je... fon motorola ni best, sound mmg mantop... surface finish pon best, grip je...

bertahun pastu, sony ericsson kembali menyinari hidup aku... mak aku nak tukar fon, die bagi aku pkai z610 ni tukar ngn fon motorola aku tu... mak kate tak reti nak pkai, padahal aku tau, die ksian tgk aku dok belek2 je memanjang cam berminat...
aku bajet nak gune fon tu sampai ble2... ku sangkakan panas hingga ke petang, rupenye panas sampai malam... mragam plak... sebelom penyakit fon tu makin kritikal, aku pon trade in ngn fon yang aku dok pkai skang ni... best layan lagu ngn fon ni, sound kuat cam radio... klau pkai earfon lak, ade megabass... ala2 noise cancelling gak la... tapi agak2 la, klau telinga sebelah ekzos lori balak mmg tak dapat nak cancel gak la...

harap2 fon ni bole berkhidmat ngn aku sampai bile2... fon siapa punye??? manbelon punye... aaaaa...

Sunday, January 25, 2009

Gong Xi Fa Chai...

The History and Origin of Chinese New Year
info from www.theholidayspot.com

One legend goes that the beast Nian had a very big mouth that would swallow a great many people with one bite. People were very scared. One day, an old man came to their rescue, offering to subdue Nian. To Nian he said, "I hear say that you are very capable, but can you swallow the other beasts of prey on earth instead of people who are by no means of your worthy opponents?" So, swallow it did many of the beasts of prey on earth that also harassed people and their domestic animals from time to time.

After that, the old man disappeared riding the beast Nian. He turned out to be an immortal god. Now that Nian is gone and other beasts of prey are also scared into forests, people begin to enjoy their peaceful life. Before the old man left, he had told people to put up red paper decorations on their windows and doors at each year's end to scare away Nian in case it sneaked back again, because red is the color the beast feared the most.

From then on, the tradition of observing the conquest of Nian is carried on from generation to generation. The term "Guo Nian", which may mean "Survive the Nian" becomes today "Celebrate the (New) Year" as the word "guo" in Chinese having both the meaning of "pass-over" and "observe". The custom of putting up red paper and firing fire-crackers to scare away Nian should it have a chance to run loose is still around. However, people today have long forgotten why they are doing all this, except that they feel the color and the sound add to the excitement of the celebration.

Sunday, January 4, 2009

nostalgila: iklan fab 80an... FAB BOLEH!

zaman2 sebelum dynamo menjajah cucian2 para suri rumah...


waahhhh... lebih bersih!

Saturday, December 20, 2008

beso... kecik... beso... kecik...

tak lame lg, dh nk masuk 2009... rse baru lg dunia ni kecoh psl Y2K, konon akan terjadi huru-hara sbb sme komputer atas bumi ni tak diprogramkn utk baca tahun yang depan die 20--, yg ada cuma 19-- so tahun 2000 akan dibaca 1900... mrepek gile...

seiring ngn masa, fesyen pakaian pon brubah... aku suke tgk cara manusia berpakaian... mcm2 rupe... malaysia skang ni pon mcm2 jenis pakaian org pkai, cume pkai daun saje cm ribena tu je yg blom aku jumpe... fesyen2 sblom2 ni nmpk je cm lain2, tp ulang2 je sebenornye... tp cuma pd teori aku la... org lain aku tak tau...
zaman 70an... time ni bell bottom menjadi kegilaan... kaki seluar nk besar... jgn kate kpale, ngn bdn2 skali pon ble msuk ikut kaki seluar tu... zman hail amir n uji rashid merupakan hot couple... aku tak dan hdup zmn ni... tak ble bayang aku pkai bell bottom yg sendat atas tp bwh tak nmpk kaki ni... mesti klakar gile ngn body aku yg slim shady ni... mesti cm penyapu...





zaman 80an... time ni seluar sme nk sendat... dari atas ke bwh... rakan sekerja aku, abg kamal crite, dlu zman muda2 die pon dressup cmni... kaki seluar tu punye la kecik, klu nk pkai tu, kaki kene sarung ngn plastik dlu sbb nk kasik senang slide masuk... gilek ah... ni klau emergency nk terberak, dan terkucil dlu baru ble bukak seluar... aku sempat gk zman ni, tp kecik sgt lg time tu...








zaman 90an... zaman ni seluar baju semua dh membesar balik... org kampung aku kt ulu dong sane pggl baggy clothes ^_-... semua nk up 2-3 size... bdn kecik tp baju nk size L (aku cite psl diri aku la ni)... seluar plak saiz pinggang punye jauh beza ngn ukur lilit pnggang sebenar, tak payah bukak button @ zip pon, dh ble bukak seluar... hnya lepaskan belt n walla!... seluar dh terjelepok ats lntai... (roomate2 aku tau sgt la skill ni sbb aku slalu wt kt bilik... dorg sentiasa kagum ngn magik aku muahahaha)






zaman skang ni... bdk2 skang aku tgk dh stat pkai seluar kecik blik... ni bg yg dressup style emo2 ni la (aku pon tak tau sgt, ntah pe bende yg nk diemosikan)... tmasuk la adik aku pon pkai sluar sendat ni... kaki sluar elok2 slesa, siap hntar kdai @ jhit sindri ni sbb nak kasik kecik... tak phm sgguh aku... tak tertakrif dlm pale hotak aku...

bg aku, stakat ni aku msih slesa ngn sluar londeh aku... ntah bile sluar aku nk nek ats sket, aku pon tak tau... bkn aku tak nak nek kn, tp phm2 je la ngn keadaan aku yg daging-less di bhgn pinggul ni... kene kawin dlu la bru bdn nek agknye...

Sunday, November 30, 2008

lessons learnt the hard way...

AMARAN! post ni agak panjang dan membosankan, dan jika diambil dlm dos yg berlebihan, boleh mengakibatkan kanker dan impotensi. Harap maklum.

aku tak brape pasti sama ada gambar sebelah ni relevan atau tak ngn post ni ^_-... semlm aku bsembang ngn abg kamal, rakan sekerja aku psl kenangan yang paling tak ble lupe dlm hdup... die cte psl kenangan die time tabligh, aku plak cite psl satu minggu yg prnh trjadi kt aku, yg telah mematangkan aku sedikit sebyk...

time tu aku masih menuntut kt salah sebuah IPTA terkemuka di selatan tanah air (Universiti Tendang Menendang- bkn nama sebenar, tmasuk la aku yg kene tendang... adooiiii sktnye...) mse tu umur aku 20, nk masuk 21... darah muda, tau nk mendidih je... silap sket maki hamun berjela-jela smp kering tekak... kemudian, dtgla 1 minggu yang telah secara tak langsung menjadi pemangkin dlm transisi aku dari remaja ke alam kedewasaan...

time 2 cuti sem, aku wt part time kt Eden Garden Hotel, Stulang JB... keje banquet, pnt cm pe, kene kuli sepanjang ari... gaji ikut jam, sejam $3.50... biasenye dpt pas abes keje, tp minggu 2 dorg bg lewat sket, so jumaat mnggu tu aku dpt utk 5 ari sebelumnya, dlm 200 cmtu... sronok gile...

abes keje aku pon stat moto gerak balik... smp je umah, aku pon gantung kunci moto, nk kuarkn wallet taruk atas meja... seluk pnye seluk, wallet takde... aku glabah, cri stu umah kot2 terkeluar dri poket... tak jumpe2, aku stat moto balik, follow balik jln aku balik umah td kot2 jumpe tercicir ats jln... cari wallet hitam tgh pkul 2pagi, umpama cari jarum dlm jerami... tak jumpe2, aku blk umah... tmenung, tgn atas dahi... $, ic, lesen n rodtax moto sme dlm 2... sengal...

esok nye, aku lpk Yan Burger, port kegemaran aku... yan blanje aku daging spesel memandangkan aku takde $ lgsung nk mkn, dr pagi minum air 0 je... pas lepak lbh kurang, aku pon stat moto nk blah... dgn kpale kusut pk masalh, aku pon rem2 trus grk tanpa toleh kiri kanan... tiba2 dtg 1 iswara putih, aku tak sempat elak... aku langgar side, footrest besi aku tembus bumper dpn die, mlekat la aku ngn iswara 2, terseret lbh kurang 20 mter... abes luka2 aku... pas kete 2 brenti, aku pon bgn slow2, angkat moto paking tepi, duduk ats jln, tmenung... mamat 2 kua2 maki2 aku, aku takde respon pape... sib bek yan si tokey burger dtg, tlong setel ngn mamat 2... die cadangkan mamat 2 repair kt bengkel mbr die, sume bil yan tlong setel dlu, nnt kire aku hutang ngn yan la... die siap explain cite yg aku ni ilang wallet semalam so tgh kusut... mamat 2 pgg kata2 yan sbb die pon regular customer yan gak... so setel la mlm 2, trime kasih byk2 yan sbb selamatkan aku... balik umah, aku tmenung, tgn masih lagi di posisi yg sama, atas dahi... esoknye aku anta moto kt bngkel Syien... sib bek aku ngn Ah Syen 2 agk kamceng, utang la dlu repair2 pe sme...

bape2 ari pas eksiden tu, bdn aku still sengal2... mbr aku cdangkan gi urut kat pakcik tukang urut kt ungku mohsin, Larkin... aku pon gi la... pas urut sme pakcik 2 siap bagi ubat akar kayu lg... aku pon tny la die, bape sme dgn harapan die akan jwb "bape2 je la, seikhlas hati..."... sangkaan aku meleset sbb jawapan die "urut 40, ubat 30..."... aku time 2 baru je pinjam 40 ngn mbr, wt modal menyambung hdup, skali kene byr urut lak.. aku pon ckp pakcik 2 ubat tak nak, so byr urut je...

dpn umah pakcik 2 simpang T, ade traffic light sme... aku dh dpt iktibar dr eksiden sblm 2, so brhati2 la aku melintas... usha2 kiri kanan, kete sme tgh brenti sbb dorg lampu merah, aku lampu hijau... aku pon kua... skali dtg la 1 biji moto spore ni, dh la langgar lampu merah, langgar tyr depan aku skali... die time 2 mmg tgh laju, tpusing la moto aku, tp aku sempat melompat, pas2 landing baik siap bdiri tegak lagi... aku takde pape, tp moto aku jahanam... tergelak jp aku tgh2 simpang 2, mengenang bala menimpa2... mst org len igt aku dh gila... aku pon angkt moto, try stat... ble jln lg, tp dgn tangan kiri aku dok ampu lampu dpn sbb tkeluar, handle senget sbb fork bengkok... pe la nsib ko cad8326, bru pas operate dh saket blk... aku pon gagahkan diri bwk pelan2 smp tmn u, anta trus kt syien sbb takde makne aku nk simpan dgn keadaan yg cmtu... aku pesan kt syien tnggal stu dlu, ade $ nnt bru repair... die ok je... aku pon mnapak blk umah...

mlm 2 aku tmenung pnjg mengenang nasib... myb ni sme ujian dari Nya wt aku... dlu, aku pantang ade pape je, mst nak mencarut, maki2 hamun... agk2 nye ni la cre Allah nk kasik ajar sket same aku... sib bek Dia bagi seminggu je dugaan kt aku, klu kasik cm Nabi Ayoub a.s., bpuluh2 tahun punye dugaan, mau gile aku... stat dri mlm 2, aku jd agak matang, tak sebaran dulu2 dah... pengalaman ditimpa dugaan selama seminggu 2 membuka mata aku agar jd lebih sabar...

Friday, November 28, 2008

cheam heng yip...

i guess it is pretty damn easy to figure out which one is me, since i am the 'fairest' among others ^_-... as stated on the top left of the pic (which i wrote when i was 7, and yes, my handwriting hasn't changed much ever since), this pic was taken during my first year in that school, class of 1 Merah @ Yi Hong (in Mandarin)... i still remember vividly on my first day of school, without knowing a single word of mandarin, or any other Chinese dialect, i bravefully stepped into the classroom... and in the late 80's ('89 to be exact), there aren't that many malays that send their children to chinese school... nobody approached me since none of them can speak malay fluently... i took a seat beside a boy, who then i get to know his name- cheam heng yip (seated on my left in the pic)... he knows a bit of bahasa, but sign language helped a lot... and since that day on, we were friends...

heng yip was a bright student... everybody likes him... the teachers, the students (especially the girls because he was kinda cute, a mix of young andy lau and the nasty edison chen)... he always get A's in exams, and he was also the head prefect... he helped me a lot in my studies... i was struggling for the first 3 months in that school since mandarin is not my mother tongue, and barely no one in my family knows chinese except for chi-sin (which means crazy in cantonese)... so whenever i have problems in finishing my homework, my father would send me to his house which is about 40km away to get his help...

after standard 6, both of us went for seperate ways... he got into chinese secondary school, while i went to mrsm... from then on, we only meet like once a year, during chinese new year... and each time, his mother would tell us to stand up straight side by side, to see who is taller...

then, on 2004, i got a call from my sister saying that heng yip had an accident... he died in a car crash... there were 4 people in that car, and he was sitting in the back... all 3 others got only minor injuries, but he got killed due to internal injuries... i guess that it is already written that death knocks earlier at his door, at a young age of 21 years old...

throughout the years after the accident, i have a few dreams about heng yip... muslims believe that if we have a dream of somebody who has already gone, we should offer some prayers to that person... i was not sure if this also covers for the non-muslims as well... but as my sister puts it, who knows, maybe he did get the hidayah from the Almighty before his death... there is nothing wrong in saying prayers to another human being, no matter what religion he believes in... so, to my dear friend, cheam heng yip... may god bless your soul and may you rest peacefully in the hereafter... amin...

CHEAM HENG YIP (R.I.P) 1983-2004

Saturday, November 15, 2008

nostalgia zaman berita harian cuma 50sen...










Friday, November 14, 2008

what's in a name?


well... this is my first post... actually i've blogged b4 but my previous blog only had 4 posts in it... at first it was quite overwhelming to see all the comments that were posted by friends who followed it... but as time passes by, the idea cage in my head kept shrinking... and finally i've stopped blogging ever since, until now...

what's in a name? as a muslim, i do believe that a name and its meaning plays a pivotal role in a person's life... it should have good meanings... hence, there are many parents out there who spent days to name their newborns... as in my case, my parents had somehow named me with a girlish name, while i was born with a tiny little thing dangling proudly between my legs ^_-...

a few jokes had been made by people around me about the name, including teachers alike... used to be pissed off by it, but eventually got through the whole emotional scenarios... btw, i do have a nickname which my friends mostly call me by it ever since i was like 10, and now i'm 25... having people called me with that name for such a long time, made me feel like it is like my real name... and to make things worse, i felt awkward whenever my real name is being used... silly me...

for those who might want to know what my nick is, it is apeq... it was given to me by a boy who rides the same bus with me when i was in year4... during that time, i was the only primary school kid who take that bus, while the others already in secondary school... i will write more about this later on... the name apeq came to his head due to the fact that i was studying in a chinese primary school at that time... and somehow that name sticks to this day...