Sunday, May 31, 2009

akan datang...


aku baru lepas tengok cerita hantu Thai, Coming Soon... cerita hantu Thai memang jarang mengecewakan bagi aku, berbanding cerita2 hantu jepun @ korea yang boleh membuatkan aku terlelap, pastu terjaga untuk terkejut, kemudian sambung terlelap balik... dan filem Coming Soon ni adalah hasil karya screenwriter untuk Shutter yang popular dulu tu... memang tertarik menarik kau memang da' bomb lah aku nak tengok...

bagi yang belum tengok, secara ringkasnya cerita ni berkisar pasal hantu yang muncul dekat panggung wayang (bukan punggung ayam, baca betul2)... aku bersyukur sgt2 cerita ni baru sekarang ni keluar... kalau filem ni tayang time aku kerja GSC Sunway Carnival Seberang Jaya dulu, alamatnya hantar surat resign la aku... time kerja situ dulu, memang agak seram la kalau round hall sorang2 pas midnight show... pukul 2-3 pagi, tempat luas dan gelap pastu kau dok berjalan turun naik tangga sorg2, memang meremangkan bulu2 karpet... nasib baik time tu takde plak terbayang scene2 yang ada cam dalam cerita ni *..*"

kesimpulannya, kalau dok rumah sorg2 takde pe nak layan dan rasa nak ditakut2kan, sila la tonton cerita ni... kalau pasni trauma nak masuk panggung wayang, kira ok la, jimat duit... tiket wayang mahal woooo, pastu dah beli senang2 je steward kat entrance tu koyak dengan muka takde perasaan kasih sesama insan...


Monday, May 25, 2009

teringin nak bela kucing comel? jawapannya di sini!

choki mengandung lagi... nak tak nak, aku terpaksa let go anak2 dia sket... kepada sesiapa yang berminat boleh la contact aku kat chatbox atau comments...

bagi free tak dapat la memandangkan aku pon tak berincome lagi, dan kucing2 zaman sekarang ni faham2 la, bukan cam kucing zaman mak bapak kita bela dulu... tapi tak la mahal cam beli kat kedai kan, sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan choki dan anak2 baru nanti...

kepada beginners, boleh la try... syok wo bela kucing... nak2 plak bela sampai beranak cam aku bela choki dulu, seronot nyia ^_^ sekarang dah tinggal 3 ekor, so kalau nak maklumat lanjut sila tinggalkan pesanan selepas nada beep k? cepat sementara stok masih ada!


aksi meniarap ala mengendap jiran

ni gambar time nak buat ic dulu

posing ala artis2 tepi swimming pool dalam majalah mangga tayang buah mangga


owh silap... kucing yg ni tak jual... sekadar gambar hiasan ~_~

Friday, May 22, 2009

produktiviti asas kualiti...

sebelum ni aku tak pernah tau plak yang kucing pon ada morning sickness, tapi selepas baca dalam web dan jadi kat choki masa first pregnancy dulu, baru aku percaya... selera makan pon bertambah2 sebab berbadan enam...

minggu lepas choki muntah2... alamatnya dalam 2 bulan lagi anak2 kucing aku dapat adik baru la... mesti batch baru ni pon gelap2 gak sebab suspek utama kucing bapa adalah si hitam homeless yang selalu datang bertandang usha2 choki... mentang2 la choki diva tervogue area ni, memilih betol... nak barang baek je... lambat laun nak kena neuter jugak choki ni...

dah nak dapat adik pon menyusu lagi, pe cite?

gambar lama ni, muka masih suci... sekarang ni dah macam harimau aku tengok...

ni mom's carbon copy, muka sebijik cam choki...

kalau choki tak buat muka mata pedih potong bawang tu mesti boleh nampak persamaan wajah dorg...

aksi panas oleh choki, kanak2 sila tengok tempat lain...

dia ni dah duk umah akak aku, rasa kaya la tu tidur camtu...

proses buat muka kesian mintak makan lagi padahal baru pas mencekik, jangan terpedaya...

Saturday, May 16, 2009

sekolahku sorgaku...


image taken from here

semalam, aku telah dipaksa oleh Ashkut untuk bermain futsal bersama2 dengan member2 sekolah lama aku dulu... sejak habis sekolah 9 tahun yang lepas, ni la 1st time aku join mende2 ala reunion camni... bukan sombong, tapi aku segan ngan budak2 sekolah aku... dorang semua dah berkerjaya, aku masih "sekolah"... yang ada semalam, Hardcore - doktor di HUKM, Trasher - QA di Osram, Tak Sang - tokey kedai spek, Ayim - PTD, Aboy - akauntan, Maru - juruaudit... gila gempak semua... nasib baik la ada Ashkut ngan Ayam yang still kat UiTM cam aku... so tak la segan sangat...

memang cam bodoh main futsal 4 sebelah tanpa keeper sebab tak cukup orang... tapi aku still enjoy... video ada tapi tak boleh upload sebab banyak sangat caci maki yang tak sesuai untuk pembaca bawah umur... mulut longkang semuanya, mencarut aje kerja... teringat balik zaman sekolah yang memang bahagia walaupun senantiasa dihambat warden... lepas penat main futsal, penat gelak plak... semua masing2 bukak cerita lama... pasal Ayam ngan Gabus kantoi rokok tapi tak petik nama2 lain dan siap boleh tawar menawar lagi ngan warden berapa hari nak gantung, pasal Trasher curi buah, dan paling best pasal TakSang makan tanah kena belasah ngan senior... malam tu memang sejarah, tercetus revolusi...

kisahnya, sekolah aku cam bodoh, amat mementingkan senioriti... semua benda form 4 tak boleh buat... baju kena masuk dalam, gi kelas tak boleh lalu shortcut, cam bodoh... asal wat hal, malam2 kena a tarik ngan form 5... tengok nasib la, kadang kena sekolahkan, kadang kena "motor", nasib tak baik kena belasah... time yang TakSang makan tanah tu, form 5 ramai2 tarik dia gi padang belasah ramai2... tak tahan punya pasal, kitorang yang form 4 ni pakat serang balik, masing2 bawak apa yang tercapai dek tangan... besi, kayu, hanger semua ada... ambik kau form 5 lari bersepah, kena kejar ngan "adik2 junior"... puas hati gila... merasa cepuk senior... kaw2 kena mana yang sempat dalam gelap pukul 3 pagi tu...

kesokan harinya, sepuluh orang form 4 kena panggil gi mahkamah warden, termasuk la aku... cam bodoh, nak bela kawan kena pukul, alih2 kitorng yang kena masuk mahkamah, konon perancang la... nasib baik tak kena gantung ke pe... tapi lepas tu memang form 5 tak kacau kitorg dah, tak nak tuck-in ke, nak lalu shortcut ke, nak fly ke, tu kitorg punya pasal... tau pon kecut...

dalam banyak2 era, era zaman sekolah la paling best kecuali erra fazira... kalau boleh rewind, aku nak kembali ke zaman tu... tak payah fikir pasal duit, belajar pon lebih kurang, enjoy je setiap masa, tanpa ada rasa tanggungjawab... harap2 anak aku nanti tak hadapi zaman sekolah cam aku, biar dia jadi budak baik yang bertemankan buku dan library sahaja...

Thursday, May 14, 2009

siri seram2 kuku: penunggu...


semenjak aku habis sekolah, macam2 kerja aku pernah buat... walaupun part time dan tempoh masa paling lama pon 6 bulan, tapi cukup banyak memberi kesan pada aku... antara pekerjaan yang bertuah sebab dapat aku untuk melaksanakannya:
  • sales assistant - 2 supermarket yang berbeza, satu dah bangkrap anak taukey songlap $
  • general worker kilang - skop kerja meliputi sesimple housekeeping hingga secomplicated pasang mesin sebesar rumah, kenangan manis pernah terpaksa kerja dari 8pagi - 2pagi nonstop
  • pump attendant - hijau merah baru lama, tahap bangla
  • language counselor - position cam gempak kan? padahal hanyalah salesman penjual alat bantuan belajar bahasa ala linguafon
  • paper checker - untuk Kumon bukan kuman, kerja senang gila tanda kerja rumah budak sekolah rendah
  • brader burger - pencapaian terbaik aku adalah setting 27 daging special serentak, ada bran?
  • banquet staff - jadi kuli hotel bagi makan cina kahwin dan annual dinner kilang
  • steward - bukan dalam kapal terbang tapi panggung wayang, yang koyak tiket korang beli mahal2 dan bawak torch light ke hulu ke hilir dalam gsc seberang jaya dulu tu aku la
  • waiter - Secret Recipe Taman Universiti Skudai, Fisherman's Grill Sg Ara Penang, Renela Cafe Sek9 Shah Alam dan terkini The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam pok3
hari ini, genap seminggu aku kerja sebagai penunggu aka waiter di The Chicken Rice Shop plaza shah alam... part time je, rm4 sejam... dari duduk saja cuti2 sem ni, baik aku kerja... dapat duit tu memang lah motivasi utama, tapi selain daripada tu, pada aku banyak kebaikan buat kerja part time time2 cuti belajar ni...

pertama sekali, pengalaman la... duduk dalam tempurung kelas tu memang lah dapat ilmu, tapi setakat tu je la... ilmu untuk hidup takkan dapat nya... pengalaman paling best, aku pernah survive 2 minggu makan roti burger expired sahaja tiap2 hari... cam mat saleh makan roti je tak makan nasi, sengkek punya pasal... time kerja jugak dapat bergaul dengan macam2 jenis orang, macam2 tahap pemikiran... otak ada sikit bukak la...

aku paling suka kerja waiter, sebab kerja ni boleh melatih kesabaran... apa kau ingat senang nak tahan maki kalau salah hantar order? itu belum kira tumpahkan air atas customer lagi... tapi itu semua dugaan2 zaman dolu2, time awal2 aku berkecimpung dalam seni menatang juadah ni... sekarang alhamdulillah takde silap ambik order atau tumpah2 dah... dan aku juga semakin sabar, dah kurang baran dari dulu... dolu2 tau nak meletup je, tak padan kecik...

aku juga menyalahgunakan kerja part time untuk berlatih bercakap, build up soft skills and confidence level... dulu aku agak malu nak bercakap dengan orang tak kenal, especially dalam english... sekarang alhamdulillah boleh la sket2... setakat nak kencing mat saleh sesat tu boleh la... dan aku juga boleh praktis mandarin aku, maklumlah dan 14 tahun aku tinggalkan SRJK (C) Chung Ching kesayangan aku tu... paling best time jadi waiter dan ada customer cina yang tak tau aku faham apa dia cakap... macam2 rahsia boleh dengar... manyak syiok...

banyak lagi sebenarnya kebaikan buat part time ni, tapi aku tulis panjang2 pon bukan ada orang nak baca sangat... apa2 pon nasihat aku kepada yang masih belajar, cari la kerja part time time2 cuti ni walaupun bapak kau kaya raya, tahap ada Hummer tapi pakai untuk angkat buah sawit atau mempergunakan wang kertas untuk balut tembakau bikin lenteng... sesungguhnya pengalaman hidup itu tidak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai, iman adalah mutiara... tak percaya tanya kumpulan Raihan...

Sunday, May 10, 2009

anda kuat kentut? salurkan ia kepada penjana kuasa turbin angin


memandangkan aku masih gagal beatbox, nampak gayanya nak nena tukar strategi ke fartbox pulak... serius kentut aku boleh buat macam2 bunyi, siap boleh tukar2 key lagi...



Thursday, May 7, 2009

finding a good friend in a bad place...


it's damn easy to find a movie that makes me laugh, but ones that me smile only comes by once in a while...

watching The Shawshank Redemption made me smile all the way... i know the movie is quite old, being released in 1994, but i never get the guts to watch it before... movies that won too many awards somehow scares me...

i never thought that a movie about prison life, can be full of life and as aspiring as this one... it's like watching three different movies in the same time (not because of the total running time of more than 2 hours, but due to its interesting plots and good storyline)... i guess stephen king is not only good in writing ghost stories and mysteries after all... casting Morgan Freeman as Red was already a good idea, but having him to do the narration as well was brilliant... it wouldn't be the same if it was done by Andy himself...

i was having a hard time to choose which line is my favourite in this movie, since every single thing that came out of their mouth means something... however, these are a few points to ponder...

Hope is a dangerous thing. Hope can drive a man insane. -Red

Get busy living, or get busy dying. -Andy


Tuesday, May 5, 2009

antara Wawasan 2020, Islam Hadhari dan 1Malaysia...

image taken from here

post aku kali ini tiada kena mengena pon dengan ideologi2 macam dalam tajuk tu... saja bikin gempak selibriti sket... apa yang aku nak tulis adalah tentang industri muzik malaysia sekarang ni... poyo, aku sedar ~_~"

aku pernah mengalami satu fasa suatu masa dahulu di mana aku tak layan langsung lagu melayu yang baru keluar (lagu2 oldies masih layan)... zaman tu sekitar 1998-2000... era industri muzik meriah dengan band2 "sampah" dengan lagu meleleh jiwang-tahap-karat-kaw2-kena-grind-baru-hilang punya... band macam Budak Kacamata (sangat menjengkelkan untuk orang2 rabun cam aku), New Boyz (ye, aku tau tomok juara OIAM), GT Boyz (lagu apa diorang nyanyi pon aku tak pernah tau) dan semua band yang bermula dengan huruf "S" (Scoin, Scan, Spoon, Senduk, Selipar, Senggugut dan sebagainya)... Jangan kata nak layan, baru dengar intro pon dah nak terjeluak...

oleh sebab kadar menyampah yang membuak2 time tu, aku rasa bukan aku sorang je tapi ramai lagi yang beralih ke produk2 dari seberang, untuk lagu2 berbahasa melayu (indon kira bahasa melayu la kan, kembar tak seiras)... kena pulak time tu dengan melly goeslow, ari lasso, dewa, peterpan dan banyak lagi artis sana tengah naik... maka, terpisah la aku kejap dengan industi muzik tanahair...

tapi, sejak 2-3 tahun ni, lagu2 tempatan berjaya menambat hati dan telinga aku balik... terima kasih kepada band2 indie cam Estranged, Hujan dan MUH; singer-songwriter cam aizat, malique dan yuna, aku kembali mendengar lagu2 melayu tempatan... aku masih lagi minat lagu2 orang putih dan yang tak berapa nak putih, tapi indon memang dah kurang sangat2... kalau ada pon Ungu dan Letto, sebab lagu dorang mengingatkan aku yang selalu leka...

berikut adalah beberapa lagu tempatan (bahasa melayu dan Inggeris) yang membuktikan industri muzik kita telah bebas dari jangkitan virus leleh, secara serius (read: seriously)...



serius mula2 dengar lagu ni aku ingat nidji yang nyanyi...


aku agak boleh tahan menyampah dengan orangnya, tapi lagu2 dia agak boleh tahan layan...


dorang ni memang otai, aku layan dari sekolah... tapi lagu2 sekarang ni mellow semacam je, tak semeriah album 1.2mg dan butter worth pushful... gila tua loque, dah macam karam singh walia aku tengok... kalau rajin baca la "berita2" kat bawah tu, lawak yang sinikal...



kalau tak tau, mamat vocalist ni la yang kahwin ngan anak raja bahrin tu... kalau raja bahrin pon tak kenal, pergi duduk terengganu selama beberapa bulan atau kembali ke tahun 1992...


lagu ni best tapi version asal aku tak berapa suka... international version ni manyak syiok...

akhir kata, belilah barangan buatan malaysia dan bahasa jiwa bangsa... demi negara yang tercinta, ku curahkan bakti penuh, setiaaaaaaaaaa... (aku masih hafal lagu ni, tak percaya nanti aku tulis full lyrics)