Sunday, January 18, 2009

aku bersyukur...


(aku dpt idea ni dari blog liana ezzana, kakak hanis zalikha... aku baca blog dorg bkn kerana dorg cantik, tapi kerana dorg pandai menulis, betul tak tipu ^_-)



berikut disenaraikan perkara2 yang aku bersyukur setakat ini, dan akan dikemaskinikan apabila aku rasa ada yang tak cukup...



  1. aku bersyukur aku islam (alhamdulillah...)
  2. aku bersyukur aku masih bernyawa hari ini... (pejam celik pejam celik, dah 26tahun...)
  3. aku bersyukur aku dilahirkan lelaki (bukan aku gender bias tapi aku tak boleh bayang camne aku nak cope ngn period, pregnancy and labor... serius aku takut)
  4. aku bersyukur aku dilahirkan dan menetap di malaysia (bukan angola, namibia atau timor leste...)
  5. aku bersyukur abah aku hantar sekolah cina (walaupon jauh gile, membesar dalam bas je aku...)
  6. aku bersyukur aku masih boleh cakap dan tulis cina (termasuk mencarut, mencerca dan yang seangkatan dengan nya...)
  7. aku bersyukur aku dapat masuk mrsm dulu, macam2 mende aku belajar (seimbang baik dan jahat...)
  8. aku bersyukur dapat masuk utm dulu (pas 3tahun kene tendang, tanpa dapat sijil tapi dapat kesedaran...)
  9. aku bersyukur aku tak jadi penagih tegar pas kene buang tu (serius ada terlintas di fikiran aku nak jadi camtu...)
  10. aku bersyukur uitm pungut aku pastu (dah selesai diploma, degree dalam perjalanan...)
  11. aku bersyukur ada family yang support dan sayang aku walaupun aku banyak wat taik (selain dari taik dalam jamban tu...)
  12. aku bersyukur family dan kawan2 aku lawak2 belaka (sampai aku ada six-pack hasil dari kejang perut selalu gelak...)
  13. aku bersyukur Allah bagi aku otak yang senang ingat (tapi kadang2 lupa lagi cepat...)
  14. aku bersyukur aku takde penyakit serius (setakat ni la, akan datang mintak jauh...)
  15. aku bersyukur sebab aku tau bersyukur (dan tak kufur nikmat...)
  16. aku bersyukur yang aku sedar aku akan tambah lagi list ni nanti sebab sikit sangat yang aku tulis kalau nak dibandingkan dgn nikmat yang Allah bagi melimpah2 kat aku selama aku hidup...
bersambung...

2 comments:

Khalsyaza said...

betul!!! aku setuju kat rangkap pertama ko yang dalam kurungan tu..

pergh.....

heretic preacher said...

hehehe... ape lagi, slalu2 la jenguk2 blog tu... bole wat penyejuk mata hihi